Jakarta – Agensi perisikan Indonesia kelmarin berkata, mereka akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Penerangan bagi menyekat satu rakaman video berkaitan Negara Islam (IS).
Ketua Badan Intelijen Negara, Marciano Norman berkata, langkah itu dibuat serta-merta bagi menghalang klip berkenaan ditonton orang awam.
“Melalui klip video berkenaan, beberapa orang cuba menunjukkan bagaimana mereka bertindak menentang musuh.
“Ia adalah satu daripada propaganda mereka,†katanya.
Melalui klip video itu, beberapa kanak-kanak tempatan dilihat berlatih menggunakan senjata api dan membaca ayat al-Quran di depan bendera Negara Islam.
Klip berbahasa Melayu sepanjang lebih dua minit itu diterbitkan oleh Alazzam Media yang didakwa unit media kumpulan militan berkenaan.
Kanak-kanak lelaki terbabit pula dipercayai berusia di bawah 15 tahun.
Meraka diajar membaca al-Quran, selain didedahkan cara menggunakan raifal automatik serta seni bela diri tanpa senjata.
Pada satu babak, seorang lelaki kedengaran bertanya: “Adakah kamu boleh menembak?†dan “Apakah kamu boleh merungkai senjata?â€Â
Seorang budak lelaki kemudian menjawab: “Ya.â€Â
Video itu bertajuk “Cahaya Tarbiyah di Bumi Khilafah†juga memaparkan dua lelaki dewasa membaca petikan ayat al-Quran.
Tidak dapat dipastikan di mana penggambaran video itu dijalankan. – myMetro Online