Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bayi 11 Bulan Mangsa...

SUNGAI PETANI - Bayi berusia 11 bulan, Muhammad Rusyidi Rizky Amdin, yang sebelum...

Presiden PAS Seru Ahli,...

KUALA LUMPUR - PAS melalui laman Facebook rasminya malam tadi menyiarkan semula ucapan...

Ibu Dedah Asal Usul...

NAMA Neelofa, memang unik. Rasanya jarang orang Melayu yang diberikan nama sebegitu. Sesetengah...

UMNO, PAS, MCA, MIC...

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO, PAS, MCA dan MIC membuat laporan polis berhubung...

Industri Automobil Mampu Ubah Ekonomi Kedah

LANGKAWI – Pelaburan dalam industri pemasaran automobil boleh membantu Kedah dalam usaha transformasi ekonomi negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menurutnya, minat yang dipaparkan kalangan penggiat industri itu untuk bertapak di Kedah, mampu membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan bagi rakyat negeri itu.

Berucap merasmikan Pusat Servis 3S (jualan, perkhidmatan dan alat ganti) Volkswagen Langkawi di sini, hari ini, beliau menyifatkan pelaburan sedemikian dapat memenuhi kemahiran dan kemampuan rakyat bagi meningkatkan ekonomi mereka.

“Bagi kami, ia memberi kesan besar terhadap pertumbuhan ekonomi kerana menyediakan pekerjaan yang baik selain turut mempengaruhi perkembangan ekonomi serta kesan limpahan dan manfaat lain,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Nor Saidi Nanyan.

Menurut Mukhriz, Volkswagen yang dikenali kerana produk automobilnya yang berkualiti, tidak hanya menekankan aspek kecanggihan teknologi tetapi turut merangkumi kepentingan tenaga pekerjanya.


Sementara itu, Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata syarikat itu telah menikmati pertumbuhan positif sejak sekian lamanya dengan lebih 40,000 pelanggan serta 38 pusat pengedar di serata negara ini.

Sambil menyifatkan Malaysia sebagai pasaran penting bagi jenama automobil terkemuka itu, beliau berkata kumpulan itu telah membelanjakan lebih RM20 juta bagi membangun serta melatih tenaga tempatan untuk memantapkan lagi perkhidmatannya di sini.

“Selain itu, program latihan dan pemindahan pengetahuan masih lagi dijalankan. Malah, kami turut membawa pakar Volkswagen dari Jerman untuk tujuan latihan di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori