LONDON – Pemain pertahanan Manchester United, Jonny Evans dan penyerang Newcastle United, Papiss Cisse mungkin berdepan penggantungan enam perlawanan andai didapati bersalah meludah.
Kedua-dua pemain ini kelihatan meludah ke arah lawan masing-masing ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris di St James Park, pagi ini.
Pengadil, Anthony Taylor bercakap dengan Evans dan Cisse selepas insiden babak pertama itu tapi tiada siapa pun dilayangkan kad.
Persatuan Bola Sepak (FA) menyebut ia menunggu laporan daripada Taylor sebelum memutuskan sama ada sebarang tindakan diambil. – BBC Sport