Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hutang Negara Termasuk Liabiliti...

PUTRAJAYA - Negara kini berdepan bebanan hutang sebanyak RM1.2 trilion dan jumlahnya mampu...

UMNO Tak Bincang Nama...

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang perbincangan dalam kalangan pemimpin UMNO, mengenai siapa yang...

2 Sungai Lepasi Paras...

KUALA TERENGGANU : Dua sungai direkodkan melepasi paras amaran manakala tiga lagi mencatatkan...

MAHB Kekal Sebagai Operator...

ISTANBUL – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mahu mengekalkan statusnya sebagai operator Lapangan...

Islam Mengajak Berbuat Kebaikan, Jauhi Dosa

SETIU – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah umat Islam perlu menghayati ajaran Islam yang mengajak ke arah membuat kebaikan dan menjauhi perkara-perkara dosa.

Baginda bertitah penganjuran majlis tilawah Al-Quran bukan sekadar untuk memperdengarkan kemerduan suara qari atau qariah, tetapi apa yang lebih penting adalah mesej dan pengertian yang terdapat dalam ayat-ayat yang dibaca dapat difahami dan diselami oleh umat Islam.

“Terbukti sehingga kini tiada siapa yang mampu mencipta walaupun satu ayat bagi menandingi keindahan bahasa Al-Quran, walaupun setelah lebih 1,400 tahun cabaran yang dikemukakan kepada mereka yang ingkar dan meragui kebenaran kitab suci ini,” titah baginda.

Sultan Terengganu bertitah demikian pada majlis menutup tilawah Al-Quran peringkat negeri Terengganu di sini malam tadi. Turut berangkat ke majlis itu Permaisuri Nur Zahirah.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda yang merupakan Pengerusi Induk Tilawah dan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Rozali Salleh.


Pada tilawah itu, Muhamad Hafas Ali dari Marang muncul sebagai johan qari manakala Che Nur Hidayah Abdul Rahman dari Setiu sebagai johan qariah.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM8,000, sijil penyertaan, piala pusingan dan piala iringan.

Johan qari dan qariah itu akan mewakili Terengganu ke tilawah peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 20 April ini. – BERNAMA

https://youtu.be/I1JCHZ8Z1-0

  • Lagi berita berkaitan:
  • islam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori