Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Guna Kontena, Pemuda Ini...

HAMPIR setiap orang punyai impian ingin miliki rumah sendiri namun yang terfikir dan...

Jasad Pelajar Malaysia Di...

JAKARTA - Jasad pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Bali...

Terbuka AS: Serena Jumpa...

NEW YORK - Serena Williams akan memburu gelaran Grand Slam ke-18 menentang Caroline...

Tasha Shila Nafi Kekasih...

PELAKON kontroversi, Tasha Shila mengakui dirinya sedang mengenali hati budi seorang lelaki bergelar...

Isteri Beri Hadiah Hari Kekasih Paling Mahal Untuk Suami

CHINA – Ia merupakan hadiah Hari Kekasih yang tidak ternilai kepada Li Fangdong, 33, apabila isterinya, Sun Guofang, 28, memutuskan untuk memberikan sebelah buah pinggang kepadanya yang menderita penyakit buah pinggang sejak 2009.

Minggu lepas, pembedahan itu berjaya dilakukan dan kini Li dan Sun bercadang meluangkan masa bersama dengan melancong, sebagai menggantikan semula masa yang dihabiskan oleh Li untuk menjalani rawatan dialisis.

Menurut Sun, dia mendapat keputusan bahawa buah pinggangnya sesuai untuk suaminya pada Hari Kekasih lalu, selepas melakukan ujian pengesahan secara rahsia kerana bimbang bapanya dan Li sendiri tidak bersetuju dengan hasratnya untuk memberikan buah pinggang kepada Li.

“Mereka menentang hasrat saya kerana saya terlalu muda tetapi saya memberitahu mereka bahawa saya mengamalkan diet yang sihat, oleh itu tiada masalah untuk saya meskipun hanya mempunyai satu buah pinggang,’’ katanya.

Sun yang sebelum ini merupakan pengurus jualan di sebuah syarikat pengeluar mainan terpaksa melepaskan pekerjaan berkenaan setelah ibu mertuanya disahkan mengalami kegagalan buah pinggang pada 2009.

Sejak itu Sun terpaksa menjaganya dan bagi menampung kehidupan mereka, dia terpaksa menjual makanan di jalanan. Ibu mertuanya meninggal dunia dua tahun lepas.


Namun selepas Li disahkan menghidap penyakit berkenaan, dia tiada pilihan kerana selain kos rawatan dialisis yang mahal, mereka juga terpaksa menanggung hutang yang banyak ketika menjaga ibu mertuanya dulu.

“Saya tahu ia merupakan satu situasi yang sukar, namun demi anak kami yang berusia empat tahun, saya tiada pilihan.

“Selagi saya dan suami dapat bangkit bersama-sama, semuanya akan kembali seperti normal,’’ katanya.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori