Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Penghuni Premis Bertingkat Masih...

KUALA LUMPUR - Operasi pengasingan sisa pepejal yang dilaksanakan secara mandatori di lapan...

PAS Tolak Sekular, Tapi...

KUALA LUMPUR - DAP menyindir pendirian PAS menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana parti...

Gambar Seksi, Kekasih Alves...

SELEPAS lapan musim bermain untuk Barcelona di Sepanyol, Dani Alves memutuskan menerima tawaran...

UNIK..Bas Lama Diubah Jadi...

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, ini mungkin boleh diletakkan dalam senarai salah satu...

Isteri Guna Sperma Orang Lain Disaman

LONDON – Seorang pensyarah memfailkan saman ke atas bekas isterinya seba­nyak £83,500 (RM462,772) kerana mendakwa wanita berkenaan menggunakan sperma orang lain semasa melakukan persenyawaan tabung uji (IVF).

Kes tersebut merupakan yang pertama membabitkan penipuan IVF di Britain.

Plaintif menyedari dia ditipu selepas mendapati anak yang disangka miliknya mempunyai wajah seiras teman lelaki kepada bekas isterinya itu.

“Keraguan plaintif ternyata benar selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan tuduhan itu,” kata satu sumber.

Ahli akademik berusia 60 tahun itu memfailkan saman di mahkamah tinggi di sini untuk me­nuntut wang kerosakan di bawah kesalahan ke­nyataan palsu yang disengajakan selain pemulangan bayaran penyelenggaraan dan faedah.

Tujuh bulan selepas bersalin, pasangan itu bercerai pada tahun 2007 dan berkongsi hak penjagaan anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.


Pasangan yang berkahwin pada tahun 2002 itu pada mulanya melakukan IVF di sebuah klinik pada 2004 tetapi gagal.

Selepas percubaan pertama itu, bekas isteri berusia 53 tahun tersebut dipercayai pergi ke sebuah klinik di Sepanyol bersama kekasihnya yang berpura-pura menjadi suami dan mendermakan sperma untuk ujian sama.

Bagaimanapun, bekas isterinya tidak mengaku salah, malah menuduh pihak hospital telah melakukan kesilapan dengan mencampur sperma orang lain.

“Adalah sesuatu yang mustahil bagi klinik mencampurkan sperma. Ini memang satu kes yang pelik,” kata pensyarah kesuburan di Universiti Sheffield, Prof. Allan Pacey. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori