Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Drone Hantar Kopi Kepada...

SEORANG peminat drone berasal dari Oregon, Amerika Syarikat (AS), menunjukkan keupayaan sebuah drone...

Nala Si Kucing Popular,...

SESIAPA yang memiliki akaun laman sosial Instagram pasti pernah terjumpa atau tertengok kucing...

2 Kematian, 87 Sembuh,...

DUA kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis...

Ukur Suhu Badan Di...

PUTRAJAYA - Alat pengukur suhu badan harus digunakan di dahi bagi menjamin ketepatan bacaan, kata...

Isteri Zakiah Bersyukur Atas Pembebasan Suaminya

KOTA KINABALU – Sharifah Erna Berson, isteri anggota pasukan Polis Marin Lans Koperal Zakiah Aleip, yang dibebaskan penculik hari ini, bersyukur dengan berita pembebasan itu.

Ketika dihubungi Bernama di rumahnya di Tamparuli, Sharifah Erna, 23, berkata dia dimaklumkan tentang pembebasan suaminya itu oleh polis menerusi telefon.

“Saya hanya dimaklumkan berkenaan pembebasan suami saya dan tidak mengetahui di mana dia berada ketika ini,” katanya yang menzahirkan rasa syukur sambil menitiskan air mata dan tidak sabar-sabar menunggu kepulangan suaminya.

Menurutnya, pembebasan suaminya itu pasti menggembirakan anak lelaki mereka, Mohd Hisham Izzudin, yang genap usia setahun pada 5 Mac.


Pada 12 Julai tahun lepas, Zakia, 26, diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata dalam kejadian di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna.

Zakia menjadi mangsa culik keempat selepas insiden penculikan di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, Pulau Baik, Lahad Datu dan di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, Kunak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori