Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kes Rogol Bekas EXCO...

PUTRAJAYA - Perbicaraan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia yang dihadapi bekas EXCO...

RCI BNM: Anwar Tiba...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Istana Kehakiman di sini hari...

DAP Menyimpang Daripada Perjuangan...

MELAKA - Anggota dewan undangan negeri (ADUN) Kesidang Chin Choong Seong mendakwa bahawa...

Majikan Jangan Terpedaya ‘Ejen’...

PETALING JAYA - Jabatan Imigresen menasihatkan majikan supaya tidak terpedaya dengan pihak yang...

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Penuh Nilai Sejarah – Najib

JOHOR BAHARU – Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Isnin merupakan satu istiadat yang sarat dengan nilai-nilai sejarah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata dengan mengadakan istiadat seperti ini, ia memberi peluang kepada generasi muda mengetahui nilai-nilai sejarah berkaitan dengan Kesultanan Johor.

“Bagi kita semua terutama sekali generasi baru, mereka mendapat peluang untuk melihat (sendiri) adat resam dan sejarah Kesultanan Johor yang mana sudah tentu menjadi kebanggaan rakyat khususnya rakyat negeri Johor,” kata Najib kepada pemberita selepas menghadiri istiadat itu.

Dengan selesainya istiadat kemahkotaan itu, Sultan Ibrahim dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden, sementara Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bergelar Permaisuri Johor.

Kali terakhir istiadat kemahkotaan diadakan adalah 55 tahun yang lepas ketika istiadat kemahkotaan Almarhum Sultan Ismail pada 10 Feb 1960. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori