KETUA Pergerakan Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin menggesa Putrajaya segera membuat penafian tentang dakwaan segelintir pihak bahawa sebuah jet peribadi dibeli untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tulisnya dalam satu entri di laman mikro Twitter, andaian tersebut perlu dijelaskan agar ia tidak terus-terusan menjadi buah mulut ramai.
https://twitter.com/Khairykj/status/577345927444176896
“Jika isu tentang jet terbaru kerajaan tidak benar, segeralah menafikannya sebelum cerita tersebut terus disebarkan sebagai satu fakta. Jika benar, satu penjelasan perlu dilakukan segera.”
Isu ini mula berlegar-legar apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan tentang pembelian jet tersebut oleh kerajaan Malaysia.
Melalui sebuah portal, Rafizi berkata, jet yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd merupakan jet yang didaftarkan di bawah pendaftaran 9H-AWK.
Ia turut dikatakan terpamer logo 1Malaysia.
– MYNEWSHUB.CC
10 Jet Peribadi Termahal Di Dunia 2013-2014
https://www.youtube.com/watch?v=1NhW_zJ-LkU