Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Johan Beli Mesin Video,...

TINDAKAN pelawak dan penyampai radio Johan Raja Lawak membeli sebuah mesin permainan video...

DAP Jangan Campur Urusan...

KOTA BHARU - PAS Kelantan mengingatkan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP, supaya menghentikan...

Sepahtu Penyampai Baharu Sarapan...

KUALA LUMPUR - Program Sarapan Pagi Sinar FM dikendalikan oleh pelawak Jep, Shuib...

Muhyiddin Hargai Belia Bantu...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan kepada golongan...

Itali Larang Pembinaan Masjid – Matteo Renzi

ROM – Kerajaan Itali memutuskan untuk mengemukakan undang-undang ‘antimasjid’ di wilayah Lombardy ke Mahkamah Perlembagaan negara itu.

Keputusan itu diumumkan pentadbiran Perdana Menteri Matteo Renzi, kelmarin susulan daripada bantahan awam terhadap peraturan baharu yang didakwa akan menyukarkan orang Islam untuk membina masjid di wilayah utara tersebut.

Pada Januari lalu, Majlis Wilayah Lombardy mengesahkan undang-undang yang mengenakan sekatan lebih ketat ke atas pembinaan rumah ibadat melibatkan agama bukan rasmi di wilayah tersebut.

Difahamkan, undang-undang baharu itu mewajibkan agama minoriti supaya mengikut piawaian khas dengan mengambil kira ukuran bangunan dan kawasan parkir kenderaan.


Beberapa pengkritik berpendapat sekatan tersebut secara tidak langsung menyasarkan lebih sejuta penduduk Muslim di negara itu memandangkan agama Islam tidak diiktiraf secara rasmi di negara Eropah. – Press TV

https://youtu.be/4-eKgi6x8sw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori