Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Datuk’ Yang Ditahan Berhubung...

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang pengarah urusan sebuah...

“Tak Kisah Orang Cakap...

PENGLIBATAN pelakon Ungku Hariz yang juga suami kepada Jihan Muse dalam industri seni...

“Saya Tahu Siapa Dalang...

SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata...

Bina Jambatan Bengkok Masih...

KUALA LUMPUR - Cadangan pembinaan Jambatan Indah atau ‘jambatan bengkok’ masih diteliti kerajaan...

Jabatan Bomba Cadang Bina Lebih Rumah Untuk Mangsa Kebakaran

BANTING – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bercadang membina kira-kira 37 buah rumah untuk mangsa kebakaran di seluruh negara pada tahun ini berbanding 34 buah tahun lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) jabatan itu, Datuk Amer Yusuf berkata pihaknya menerima peruntukan berjumlah RM1.27 juta daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi tujuan berkenaan.

“Setiap rumah dianggarkan menelan kos sebanyak RM40,000 dan dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan KKLW sendiri,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan kunci rumah bagi Projek Pembinaan Semula Rumah Di Bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan kepada Saimin Misikin, 65, yang rumahnya musnah dalam kebakaran pada Julai tahun lepas akibat litar pintas, di sini.

Rumah itu dibina sendiri oleh 16 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang dikenal pasti mempunyai kemahiran dalam bidang pertukangan dan pembinaan rumah.


Rumah itu mula dibina pada Oktober 2014 dan siap pada Disember 2014.

Sementara itu, Saimin berkata dia dan keluarga amat berterima kasih kepada pihak bomba kerana dipilih untuk menerima rumah baharu itu.

Bapa enam anak itu berkata dia tidak mampu untuk membina kembali rumahnya atas faktor kewangan dan bergantung sepenuhnya kepada wang pemberian anak anak untuk perbelanjaan seharian.

“Adanya rumah baharu ini, kami sekeluarga kini dapat tinggal dengan selesa dan tidak perlu lagi menumpang di rumah saudara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori