Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Rebah Ketika Lintas Hormat,...

SEREMBAN - Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) disahkan meninggal dunia selepas rebah...

Cristine Suzanne Nafi Semakin...

PELAKON Cristina Suzanne menafikan dakwaan dirinya kini semakin demand dalam tawaran berlakon sejak...

AirAsia Malaysia Kenakan Semula...

KUALA LUMPUR : AirAsia Malaysia akan mengenakan semula surcaj bahan api mulai 8...

Polis Mohon Orang Ramai...

JOHOR BAHRU - Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan dua lelaki yang...

Jadikan Prinsip Kejayaan Sebagai Kompas Hidup

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan rakyat supaya menjadikan prinsip mencipta kejayaan sebagai matlamat hidup mereka pada masa depan.

Untuk tujuan itu, baginda bertitah supaya mereka memperkukuhkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan semangat juang yang tinggi.

Baginda bertitah sejarah peradaban manusia membuktikan ramai yang telah berjaya kerana usaha mereka namun baginda sedih kerana mereka yang benar-benar menghidupkan makna kejayaan itu amat sedikit.

Keadaan itu boleh diatasi dengan meletakkan nilai moral, prinsip kasih sayang, adil dan integriti sebagai keutamaan di samping mempraktikkan kepimpinan melalui teladan, titah baginda pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Keterampilan jabatan dan agensi Agama Islam Perlis tahun 2014 yang diadakan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang pada Sabtu malam.

Titah ucapan Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs dikeluarkan majlis itu di sini, Ahad.

“Insya-Allah setiap harapan boleh menjadi kenyataan dan jika mereka mengadaptasikannya mereka boleh mendapat kejayaan,” titah baginda


Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan baginda berdua disambut timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Datuk Abu Bakar Ahmad.

Menurut baginda lagi ketaatan terhadap agama yang memperlihatkan nilai-nilai murni, sikap bantu-membantu dan keterbukaan, berkongsi, ingat-mengingati, sentiasa positif dan mengindarkan sikap berpuak-puak perlu diamalkan kerana ia mendorong kejayaan dalam kehidupan insan mahupun sesebuah organisasi.

Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyampaikan anugerah kepada 14 penerima APC dan 22 penerima Anugerah Ketrampilan terdiri daripada warga kerja MAIPs, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Syariah Perlis dan Pejabat Tuanku Raja Perlis.

Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Abdul Malik Hussin dikurniakan Anugerah Khas Semangat Waja. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori