Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Selangor Cabut Pancang...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mencabut sebanyak 253 batang pancang haram yang dipasang...

4,000 Guru KAFA Akan...

LABUAN - Kira-kira 4,000 daripada 32,800 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)...

Polis Tumpas Geng Rohingya...

SEREMBAN ā€“ Polis menahan lima suspek warga Rohingya dipercayai aktif melakukan jenayah samun...

Pukul Kekasih, Bekas Vokalis...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas vokalis utama kumpulan Hyper Act, Kecik diperintah oleh...

Jakim Peruntuk RM468 Juta Bayar Elaun Guru Agama, Imam

ALOR SETAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperuntuk RM468 juta tahun ini untuk membayar elaun guru agama, imam serta penyelaras pentadbiran masjid daerah di seluruh negara.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan amat mengambil berat peranan yang dimainkan guru-guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA), imam, guru Takmir dan jawatankuasa masjid dalam memimpin dan menyampaikan dakwah, sekali gus memartabatkan agama Islam

“Peranan yang dimainkan oleh guru-guru agama dan penyelaras pentadbiran masjid amat penting di dalam membangunkan Islam di negara ini,” katanya ketika merasmikan Multaqa Imam, Guru Takmir, Guru KAFA dan Jawatankuasa Masjid Negeri Kedah hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha.

Jamil Khir berkata daripada keseluruhan peruntukan itu tahun ini, RM319 juta digunakan untuk membayar elaun 32,764 guru KAFA dan RM107 juta untuk membayar elaun 14,254 imam di seluruh negara.


Sebanyak RM36 juta pula akan diperuntukkan untuk program Takmir dan elaun 3,759 guru Takmir, manakala RM4.7 juta pula adalah untuk elaun 171 Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah.

Daripada jumlah itu, sejumlah RM44.5 juta diperuntukkan kepada kerajaan negeri Kedah untuk membayar elaun-elaun Guru KAFA (RM29.4 juta), imam (RM10.9 juta), guru Takmir (RM3.8 juta) dan penyelaras pentadbiran Masjid Daerah (RM372,000).

Jamil Khir juga meminta semua pihak supaya mengetepikan sentimen politik dan idealogi dalam membangunkan umat Islam kerana ia adalah tanggungjawab yang diamanahkan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori