Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pulau Pinang Negeri Terbaharu...

KUALA LUMPUR - Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu yang dilanda banjir ekoran hujan...

Kelantan Gagal Raih Kemenangan...

KOTA BHARU - Kelantan gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar...

FAMA Jamin Barang Keperluan...

KUALA TERENGGANU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini memberi jaminan bekalan...

Pengiktirafan UEC Di Melaka...

MELAKA – Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) oleh Kerajaan Negeri Melaka hanya melibatkan...

Jalani Pembedahan Kosmetik Untuk Mencuri

Seoul – Seorang lelaki yang dipenjara 10 tahun lalu atas kesalahan mencuri, menjalani pembedahan kosmetik untuk mengubah penampilannya sebelum melakukan rompakan sepanjang sebelas bulan, bermula April lalu.

Menurut polis, lelaki berusia 35 tahun itu, yang namanya tidak didedahkan ditangkap 23 Mac lalu selepas terbabit dalam 87 rompakan di seluruh Korea Selatan.

Sepanjang tempoh itu, dia merompak barangan dan wang tunai berjumlah lebih RM1.78 juta.

Polis berkata, suspek yang dipenjara kerana mencuri pada 2005 menjalani pembedahan plastik bagi mengubah struktur rahangnya dan prosedur memanjang kakinya supaya lebih tinggi.


Lelaki berkenaan mengaku melakukan rompakan itu tetapi berkata, dia menjalani pembedahan kerana tidak sukakan penampilannya sebelum ini,

Korea Selatan mempunyai lebih 4,000 klinik pembedahan plastik dan mencatatkan kadar pembedahan kosmetik paling tinggi di dunia.

Suspek mencipta sendiri peralatan untuk membuka kunci digital bagi membolehkan dia memasuki rumah mangsa. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori