Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pakar Motivasi Nafi, PAN...

TULAR... Parti Amanah Negara (PAN) Terengganu tanggung aib apabila satu majlis pengumuman penyertaan...

Johan Suruh Check Rumah...

PELAKON Johan As'ari telah menulis kata-kata yang mungkin agak pedas bagi sesetengah orang...

Pekerjaan Yang Jijik Dan...

Demi mencari sesuap nasi, ada golongan sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan meskipun ianya...

Beri Subsidi Minyak Hanya...

PETALING JAYA - Kerajaan patut mengehadkan perbelanjaan untuk subsidi minyak hanya bagi golongan...

Jangan Jadikan Kemiskinan Alasan Tidak Hantar Anak Ke Sekolah

SANDAKAN – Ibu bapa diminta supaya jangan meletakkan kemiskinan sebagai satu alasan untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah, kata Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Zakaria Edris.

Ini adalah kerana kerajaan memberi bantuan seperti Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada ibu bapa berpendapatan rendah bagi membasmi keciciran pelajar akibat kemiskinan, katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM kepada 101 murid Sekolah Kebangsaan Kampung Pertanian di sini, hari ini.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gum-Gum berkata bantuan lain yang turut diberikan kepada murid dari keluarga golongan miskin antaranya pemberian Rancangan Makanan Tambahan, Bantuan Khas Awal Persekolahan, Skim Pinjaman Buku Teks, Bantuan Pakaian Seragam dan Peralatan Sekolah.

“Ia sejajar dengan langkah kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan memberi keutamaan untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang berkemampuan dalam mendapat peluang pendidikan,” katanya.

Zakaria berkata ia juga melibatkan penyediaan prasarana pendidikan bagi memastikan pelajar di luar bandar menikmati kemudahan sama seperti yang terdapat di sekolah bandar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori