Malaysia harus ingat, ketika zaman pemerintahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,  terdapat kelompangan apabila kewangan negara menghadapi kerugian berbilion ringgit yang masih belum terungkai, dan tak dapat ditebus.
Antaranya,
i. Skandal Forex pada awal 90-an – RM30 bilion
ii. Skandal The Perwaja Steel – RM10 bilion
iii. Skandal Bank Bumi – RM10 bilion
iv. Skandal Maminco Makuwasa – RM1.6 bilion
v. Dr Mahathir menggunakan Petronas sebagai ‘bank’ untuk menyelamatkan banyak syarikat dan bank
Memetik kenyataan ahli politik pembangkang, Syed Husin Ali, “Petronas tidak telus dan tidak bertanggungjawab dalam tindakan pengurusan wang, terutamanya dalam membantu Tun Dr Mahathir menikmati pembinaan projek-projek mega, menyelamatkan syarikat-syarikat kroninya yang bermasalah dan penglibatan dalam perbelanjaan yang membazir ketika perayaan dan persidangan.”
[BERKAITAN: Sibuk Isu 1MDB, Tun M Selesaikan Dulu Tuduhan Korupsinya]
Konsortium Perkapalan
Awal 1998, Petronas dirundung kebimbangan terhadap hutangnya yang dikawal oleh anak sulung Dr Mahathir iaitu Mirzan melalui Konsortium Perkapalan pada nilai RM226 juta dan menganggarkan jumlah sebenar mencecah RM324 juta(menurut Far Eastern Economic Review jumlah keseluruhan dianggarkan RM1.6 bilion).
Sapura Kenchana Petroleum
Pada November 2012, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan memberi kontrak RM700 juta kepada Sapura Kenchana Petroleum Bhd, yang mana anaknya, Mokhzani merupakan naib pengerusi.
Tun Dr Mahathir kemudiannya membalas dengan nada sindiran ketika menjawab persoalan tentang konflik kepentingan (conflict of interest) dalam situasi tersebut.
“Ya pastinya, dia (Mokhzani) diberikan kontrak tersebut kerana saya yang mengarahkan Petronas. Masukkannya dalam akhbar anda. Saya menjadi pengerusi untuk segala-galanya. Saya yang beritahu, berikan kepada anak saya dan bukan kepada orang lain. Itu yang saya lakukan selama ini. Ketika saya menjadi perdana menteri, semuanya diberikan kepada anak-anak saya. Namun ketika segala-galanya diberikan kepada anak-anak perdana menteri lain, anda tidak memaklumkan kerana individu tersebut merupakan orang yang baik.”
Bolehkah Tun Dr Mahathir membayar kembali keseluruhan nilai kerugian yang disenaraikan?
Dalam situasi kontra, 1MDB sedang menghadapi situasi aliran tunai namun memiliki aset-aset yang kukuh.
Ketika menjadi Presiden UMNO, Tun M memperkenalkan sistem kuota dalam pemilihan pasti untuk memastikan dia tidak dicabar. Namun kini, dia menggesa ahli UMNO supaya menukar perdana menteri.
Ketika menjadi Perdana Menteri, dia dikenali kerana menggunakan ISA sebagai alat untuk memenjarakan pembangkang. Masihkah anda ingat Ops Lalang I dan II?
Adakah pentadbiran terdahulu pernah melakukan sedemikian? Tidak.
Tun Dr Mahathir sebenarnya tidak boleh dikritik oleh sesiapa sahaja, termasuk Soros. Hari ini, pemimpin veteren dan kaya itu galak mengkritik dan ingin menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat senyap menghadapi cabaran dan bersedia menjadi lebih telus.
Rakyat kini semakin lupa bagaimana indahnya Malaysia ketika diperintah oleh Tun Dr Mahathir kerana sering menghentam Najib. Terima kasih kepada media pro Tun M yang memperlihatkan sendiri beliau sebagai karakter terburuk pernah memerintah Malaysia!
* Diterjemah daripada artikel terbitan Free Malaysia Today, hasil tulisan Azizan Abdullah
Mahathir Minta Rakyat Akur Dengan Keputusan Terhadap Anwar Ibrahim