Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tudia… JDT Hadiahkan TMJ...

SEMPENA meraikan kejayaan menjulang kembali Piala Sumbangsih 2018, kelab Johor Darul Ta'zim (JDT)...

Nasi Campur RM100 Di...

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengesahkan kedai...

Pencuri Barang Kemas Terkenal...

ATLANTA - Seorang pencuri barang kemas terkenal yang pernah mendedahkan mengenai kerjaya jenayahnya...

Bersih 4.0 Bukan Pertubuhan...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati Bersih 4.0, yang bercadang mengadakan perhimpunan...

Jawatan Mursyidul Am PAS Rasmi Milik Haron Din

SEBELUM ini dipercayai terdapat cubaan melobi daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kerusi Mursyidul Am PAS yang kosong berikutan kematian Datuk Nik Aziz Nik Mat (TGNA) digantikan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Matematiknya mudah – bila perkara ini berlaku maka Haji Hadi yang kini kurang disenangi beberapa pihak baik dalam parti sendiri mahu pun komponen PR, akan mengosongkan kerusi Presiden PAS sekaligus jawatan itu dapat dipertandingkan.

Boleh tahan juga politik ‘ustaz-ustaz’ dalam PAS ini kan…

Bagaimanapun helah itu mungkin dapat dihidu apabila Majlis Syura Ulama dalam mesyuarat yang diadakan pada 8 Mac lalu di Ibu Pejabat PAS, sebulat suara memutuskan untuk melantik Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am yang baharu.

Dr Haron sebelum ini merupakan timbalan kepada TGNA yang meninggal dunia, 13 Februari lalu.


Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan turut memaklumkan, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yacob dipilih menggantikan tempat Dr Haron sebelum ini selaku Timbalan Mursyidul Am.

“Perlembagaan PAS menyatakan jawatan Mursyidul Am boleh dipilih oleh 15 anggota Majlis Syura Ulama (MSU) untuk tempoh lima tahun,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen.

Tambahnya, jawatan Mursyidul Am tidak terikat dengan penggal muktamar sepertimana Jawatankuasa PAS Pusat. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: agendadaily.com

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori