KUALA LUMPUR – Harga petrol dan diesel yang lebih rendah, jika berterusan, akan menghasilkan penjimatan tahunan sebanyak RM7.5 bilion bagi perbelanjaan bahan api oleh isi rumah, demikian menurut anggaran Bank Negara Malaysia.
“Bagi isi rumah, harga bahan api yang lebih rendah menjadikan pendapatan boleh guna bertambah dan menyokong pengunaan swasta,” kata Bank Negara dalam Laporan Tahunan 2014 yang dikeluarkan, di sini.
Penjimatan ini dijangka mengatasi kesan daripada pendapatan yang lebih rendah dalam sektor komoditi, yang merangkumi hanya 13 peratus daripada jumlah guna tenaga.
Harga minyak mentah Brent turun 52.5 peratus sejak pertengahan Jun 2014 higgga akhir Disember 2014 dan mencecah paras terendah dalam lima tahun, iaitu US$47 setong pada 13 Januari, 2015. – BERNAMA