Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pereka Fesyen Selamatkan Model...

PEREKA fesyen, Vivienne Westwood, telah menjadi penyelamat apabila dia berjaya menyelamatkan seorang model daripada...

“Cantik Tak Guna Jika...

FACEBOOK merupakan satu platform yang baik untuk berkongsi berita dan pendapat, namun nampaknya...

Dewan Rakyat Ditangguh, Agenda...

KUALA LUMPUR - Agenda reformasi institusi Parlimen berjaya dilaksanakan sepanjang sidang Mesyuarat Kedua,...

Tagih Simpati Jual Tisu

KUANTAN - Sorang wanita etnik Rohingya datang ke Malaysia bersama anak lelaki beberapa...

JKKK Pahang Diminta Pantau Pembakaran Terbuka

KUALA LIPIS – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri ini diminta memantau kegiatan pembakaran terbuka di kawasan dan mukim masing-masing untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini pada musim kemarau ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri Datuk Seri Ir. Mohd Sofi Abdul Razak berkata Pahang mempunyai 534 JKKK yang boleh bantu memantau dan menasihati petani atau individu yang cuba membuat pembakaran terbuka.

“Dalam keadaan cuaca panas dan kering sekarang, penduduk perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelakkan pembakaran terbuka termasuk membuang puntung rokok di kawasan yang mudah terbakar, membakar sampah sarap dan membuat unggun api semasa memancing,” katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Benta itu berkata faktor cuaca kering dan berangin boleh menyebabkan pembakaran kecil merebak ke kawasan lain dan boleh mengancam nyawa serta kemusnahan harta benda.

Setakat ini belum ada laporan kebakaran besar berlaku di negeri ini namun langkah berjaga-jaga perlu diambil, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori