Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Dipukul Kerana Berdengkur Terlalu...

YAN’AN (China) - Seorang pelajar retak tempurung kepala dan kehilangan pendengarannya selepas dipukul...

“Jangan Bayar Sehingga Gaji...

PETALING JAYA - Khairy Jamaluddin terus menyindir mengenai isu bayaran balik pinjaman Perbadanan...

Kes Denggi Meningkat Lebih...

KUANTAN - Pahang mencatatkan peningkatan lebih 200 peratus kes demam denggi bagi tempoh...

4 Cedera Parah Van...

LAHAD DATU - Empat cedera parah apabila van dinaiki bersama tujuh individu lain...

Johan As’ari Doakan Lana Nodin Bahagia Dengan Bakal Suami

BEKAS kekasih pelakon seksi Lana Nodin, Johan As’ari mendoakan kebahagiaan aktres tersebut yang dilaporkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada pertengahan bulan Mei ini.

Mendedahkan dia mengetahui berita perkahwinan itu menerusi laporan media, Johan turut menitipkan doa agar bekas teman wanitanya itu berbahagia sehingga ke akhir hayat bersama bakal suaminya, bekas atlet Olimpik dari Amerika Syarikat, David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzie.

Lana Nodin Pilih Atlet ‘Mat Salleh’, Nikah 15 Mei Ini

Walaupun perhubungan mereka terputus di tengah jalan namun pelakon berusia 29 tahun itu menjelaskan dia tidak pernah menyimpan dendam atau benci terhadap aktres itu sebaliknya menganggap kehadiran wanita itu mengajarnya erti kehidupan.

“Lana adalah seorang wanita yang baik dan sepanjang mengenalinya dia banyak mengajar saya tentang cara untuk memahami kaum wanita dengan lebih baik. Meskipun tiada jodoh di antara kami itu bukan bererti saya perlu membencinya kerana dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya,” katanya dalam laporan disiarkan mStar.


Lana semalam mengadakan majlis sidang akhbar memperkenalkan bakal suaminya serta menghebahkan maklumat lanjut mengenai majlis akad nikahnya yang bakal berlangsung di Hotel Istana pada 15 Mei ini.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori