Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelajar SPM Bunuh Diri...

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015...

Malaysia Masih Tunggu Keputusan...

TAWAU: Malaysia masih menunggu keputusan akhir daripada kerajaan Arab Saudi berhubung kuota untuk...

Kenaikan Yuran Syarikat Penerbangan...

PUTRAJAYA - Cadangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk mengkaji semula yuran dan caj...

Tanpa Tanda, Gunung Merapi...

TANPA sebarang tanda, gunung berapi yang paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi dilaporkan...

Johan Terharu Shila Amzah Sudi Lawat Ibunya Di Hospital

Bagi yang mengikuti kisah percintaan Shila Amzah, pastinya mengetahui pelakon Johan As’Ari pernah bertakhta di hati penyanyi berhijab itu suatu ketika dahulu.

Meskipun masing-masing telah membuka lebaran hidup yang baru, ternyata hubungan akrab keluarga ini tidak terputus begitu sahaja.

Gambar romantik Shila Amzah dan Johan As'ari 4

Malah, dalam kesibukan menguruskan pelbagai urusan dan persembahan, Shila Amzah turut meluangkan masa bagi melawat ibu Johan As’Ari yang kini sedang terlantar di hospital selepas diserang strok.

Dalam pada itu, Johan sempat berkongsi gambar Shila dalam laman Instagram miliknya dengan menyatakan ucapan terima kasih dan berdoa agar penyanyi berhijab itu maju dalam kerjaya seninya.


“Kepada kau yang tersayang, pada teman yang ku kenang @shahilaamzah. Hati suci mu terlalu kasih kepada ibunda hamba. Jazakillah! Take care and good luck for your career. Allahumma Amiin,” tulis Johan.

https://instagram.com/p/0nT07JsMdD/?taken-by=johanarrif

Ibu Johan, Datin Firdaus Abdul Kader, 58 masih di rawat di Hospital Serdang dan keadaan semasanya masih dipantau doktor.

Sama-sama kita doakan moga ibu pelakon Cinta Ilahi ini segera sihat dan pulih seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori