Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

5 Anggota Kumpulan Seventeen...

TSUNAMI yang melanda Selat Sunda pada malam Sabtu membawa khabar sedih bagi pencinta...

6 Lelaki Ditahan Dipercayai...

JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan enam lelaki dipercayai terlibat dalam kes pukul...

Ringgit Dijangka Cecah Paras...

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka naik secara beransur-ansur untuk sekali lagi melepasi paras...

Tentera Darat Fokus Perkukuh...

PORT DICKSON - Tentera darat fokus untuk memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan di Sabah...

Juri Kontroversi X-Factor Mohon Maaf Kritik Ikut Emosi

ISU berhubung komen kontroversi oleh pasangan juri suami isteri di program realiti X-Factor New Zealand beberapa hari lalu yang menjadi viral di media sosial, nampak gayanya sudah berada di penghujung.

Hal ini kerana bekas juri program realiti terbabit yang telah dipecat, Natalia Kills dan suaminya, Willy Moon akhirnya tampil memohon maaf di laman sosial twitter mereka hari ini.

https://twitter.com/NataliaKills/status/578402270234218496

Natalia Kills sebelum ini, telah mengeluarkan komen-komen pedas terhadap salah seorang peserta program itu, Joe Irvine, dengan menyatakan dia meniru bulat-bulat gaya suaminya dan tindakan itu menjijikkan Natalia sebagai pemerhati.

[BERKAITAN: Kritikan Paling Tak Masuk Akal.. Juri Program Realiti Dipecat]

Natalia dan Willy menyatakan mereka sebenarnya ditugaskan untuk menjadi juri yang lebih tegas dan hanya memainkan peranan tersebut namun mereka telah hilang kawalan sehingga mencetuskan kontroversi sebegitu.


https://twitter.com/willymoon/status/578402266559959040

Kontroversi itu telah viral ke seluruh dunia dan mereka dikecam atas tindakan mereka itu, hinggakan beberapa artis turut memberi reaksi terhadap isu berkenaan.

[BERKAITAN: Tanda Sokongan, Lorde Hadiahkan Cupcake Kat Peserta X-Factor Yang Dibuli Juri]

Apa-apa pun, sebagai manusia biasa adalah perkara normal jika sekali sekala emosi menyelubungi diri hingga bertindak silap, begitu juga golongan selebriti.

-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori