Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tedung Selar Empat Meter...

KUALA BERANG: Seorang warga emas tidak menyangka bayangan seolah-olah seekor ular tedung selar...

Jangan Kait Isu Sensitif...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, mengingatkan...

Pelajar Ditemui Selepas Bapa...

KUALA LUMPUR - Sejurus selepas laungan azan dan bacaan Yasin seorang bapa di...

Kebajikan Anggota Keselamatan Dibela...

GEORGE TOWN - Pengorbanan setiap anggota keselamatan yang terlibat dalam nahas atau tragedi...

KADA Kemuka Cadangan Tambah Pam Air Dalam RMK-11

KOTA BAHARU – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengemukakan cadangan penambahan sebuah pam baharu dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi mengatasi masalah bekalan air yang tidak mencukupi untuk penanaman padi pada musim kemarau.

Pengerusinya, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata pam skru itu yang bernilai RM50 juta mampu mengepam air sungai di paras lebih rendah berbanding pam sedia ada.

“Kali ini kita bawa pam skru yang boleh menyedut air sungai pada paras hanya 0.2 meter. Pam yang digunakan sekarang memerlukan paras air sungai sehingga 5 meter.

“Kementerian bersetuju dengan cadangan ini dan kita berharap kerajaan akan meluluskannya dalam RMK-11 nanti,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Menuai Padi Projek Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Bendang Tegayong dan Melor Lama di sini, Selasa.

Mohd Alwi berkata pam itu akan dibina bersebelahan dengan rumah pam sedia ada di Kemubu di sini.


Jika pembinaan pam dilaksanakan, masalah bekalan air ke kawasan pertanian di negeri ini dapat diselesaikan dalam tempoh dua tahun.

Sementara itu, seramai 20 petani yang mengusahakan tanaman padi di kawasan seluas 65 hektar di bawah NKEA Tegayong dan Melor Lama, berjaya meningkatkan pengeluaran hasil masing-masing sehingga 5.5 tan sehektar.

“Kerajaan menyasarkan 5,000 hektar kawasan diusahakan dengan tanaman padi di bawah NKEA menjelang 2020.

“Bagaimanapun, KADA akan menambah kawasan tersebut kepada 10,000 hektar dalam tempoh itu memandangkan ia mampu menambah pendapatan petani,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori