Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Azrel Ismail Mohon Maaf...

PELAKON Azrel Ismail membuat permohonan maaf atas keterlanjuran kata menyentuh kaum Orang Asli...

Pemanah Berkuda Srikandi Bertanding...

SIAPA sangka peribadi wanita yang sering dianggap ayu dan lemah-lembut mampu menjangkaui kelaziman...

Budak Kena Culik Di...

SHAH ALAM -- Polis menyelesaikan kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun di...

Gambar: Bomba Selamatkan Lelaki...

AKIBAT satu perselisihan faham, seorang lelaki bertindak menyembunyikan diri dengan menyorok dalam sebuah...

“Kami Teguh Dibelakang Abdul Hadi” – Pemuda PAS

KUALA LUMPUR – “Kami `solid’ berdiri teguh dibelakang Presiden kami (Datuk Seri Abdul Hadi Awang),” kata Naik Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Khairil Nizam Khirudin.

Menurut beliau, walaupun Abdul Hadi sedang diserang hebat DAP, DPPM akan tetap bersolidariti dibelakang Presiden PAS bagi membentangkan rang undang-undang hudud di Parlimen.

“Pemuda PAS secara keseluruhannya meletak kepercayaan penuh pada presiden (Abdul Hadi) sebagai Ahli Parlimen untuk membentangkannya nanti.

“Presiden kami seorang yang alim dalam ilmu Islam bahkan berpengalaman luas dalam politik dan menjadi wakil rakyat sejak 1980an lagi. Ilmu dan pengalaman beliau tidak dapat dinafikan malahan menerima pengiktirafan dunia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Khairil Nizam menyelar perbuatan Pemuda DAP yang sering mendakwa menjadikan ideologi demoktasi sebagai tunjang tetapi sanggup membekukan semua kerjasama dengan DPPM.


Walhal, katanya, DPPM yang tidak menganuti demokrasi sebagai ideologi perjuangan tetap akur kepada ideologi itu kerana berasa dalam perundangan Malaysia.

Justeru, beliau memuji Barisan Nasional (BN) kerana boleh bersetuju dengan pembangkang di peringkat negeri berbanding DAP yang dekat dengan pimpinan PAS tetapi tidak bersikap demikian. .

“Saya berasa sungguh pelik dan aneh apabila fenomena penolakan ini berlaku apatah lagi jika undang-undang ini pastinya akan menyelamatkan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) daripada terus merengkok di penjara,” dakwanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori