Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

Ahmad Bashah Tiada Dalam...

KUALA LUMPUR - Tiga nama diserahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

PRU14: Bilik Hotel Percuma...

UNIK... Rosa Malacca Hotel menawarkan 60 bilik percuma bagi anak jati Melaka yang...

Zahid Sah Bakal Tanding...

RASMI... Seperti diduga, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

Napsiah, Pejuang UMNO Berjiwa...

KUALA PILAH - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan Pengerusi...

Kantoi 1kg Kokain Dalam Coli

London – Seorang wanita yang cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira £180,000 (RM981,000) dengan menyembunyikannya di dalam colinya berdepan hukuman penjara.

Nola Williams, 47, menyembunyikan kokain seberat satu kilogram itu dalam pakaian dalamnya apabila menaiki pesawat British Airways di Kingston, Jamaica, menuju ke Gatwick, bersama seorang kanak-kanak dan seorang rakan, Raymond Goodison, yang masih diburu.

Mereka ditangkap ketika cuba menaiki kereta api di London.

Ketika dibicarakan di Mahkamah Croydon, Nola mengaku bersalah tetapi berkata dia menjadi mangsa Goodison.

Goodison sebelum ini didapati bersalah dan dihukum penjara 13 tahun atas tuduhan sama, tetapi melarikan diri selepas dibebaskan atas ikat jamin.


Dia kini dipercayai bersembunyi di Amerika Syarikat atau Jamaica.

Dalam keterangannya kepada mahkamah, pendakwa raya Louis French berkata: “Ketika ditahan anggota polis, dua bungkus plastik ditemui tersembunyi dalam coli suspek. Selepas barangan itu dirampas dan diuji, ia disahkan kokain.”

Mahkamah sepatutnya menjatuhkan hukuman ke atas Nola semalam tetapi menangguhkannya selepas peguamnya mendakwa dia menjadi mangsa penyeludupan manusia Goodison. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori