Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Berjiwa Muda, OOTD KJ...

JIKA diperhatikan apa sahaja yang dilakukan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pasti...

Terdesak Ke Tandas, Antara...

ALOR GAJAH - Seorang tertuduh memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini beliau...

Semua Penerbangan Ke Arab...

SEMUA penerbangan ke Arab Saudi dibatalkan petang ini selepas kerajaan negara itu mengumumkan...

Cecair Pelarut Punca 4...

KUALA SELANGOR - Siasatan awal mendapati punca pencemaran bau yang menyebabkan empat Loji...

Makan Bersama.. Sultan Selangor, Bekas MB Masih Akrab

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap mempunyai hubungan yang akrab dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah walaupun disingkirkan daripada jawatan itu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun lalu.

Hal itu terbukti apabila Sultan Selangor berkenan makan malam dengan bekas pemimpin PKR yang disingkirkan tersebut pada 26 Februari lalu seperti dimaklumkan oleh Abdul Khalid melalui laman Facebook beliau.

“Sempat berjumpa dengan DYMM Tuanku Sultan Selangor semalam (26 Februari 2015) untuk makan malam di Hotel The Strand, Yangon, Myanmar. Tuanku telah mengambil bahagian dalam Road To Mandalay car endurance rally selama 24 hari,” katanya dalam Facebook tersebut.

Abdul Khalid disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor oleh PKR pada tahun lalu kerana mahu memberi laluan kepada Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan itu.


Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin tidak berkenan menerima Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor sebaliknya bersetuju melantik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bagi menggantikan Abdul Khalid.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori