Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ku Li Saran UMNO...

SHAH ALAM - Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat parti itu...

Kes Kerani Sekolah Dibunuh:...

PIHAK polis telah berjaya menahan enam lelaki warga Nepal yang dipercayai terlibat dalam...

Keputusan Tak Main Di...

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan melarang skuad bola sepak kebangsaan ke Pyongyang, Korea...

‘Muhammad Imran Suresh’ Dicari...

KUALA LUMPUR : Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial menggunakan nama...

Kelantan Sedia Hadapi Saman Berhubung Pelaksanaan Hudud

KOTA BAHARU – Kerajaan Kelantan sedia menghadapi tindakan saman daripada mana-mana pihak dalam usahanya hendak melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaaan 2015) di negeri ini.

Ketua Sekretariat Tetap Hudud Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata walaupun menerima bantahan dan saman, kerajaan negeri sedia berdepan dengan perkembangan itu.

“Kita difahamkan sebuah parti politik telah memfailkan saman ke atas kerajaan negeri baru-baru ini.

“Bagi saya tindakan ini tidak ‘gentleman’ kerana mereka tidak faham pun hal ini dan belum lagi diluluskan oleh dewan (ketika saman difailkan Rabu lepas) tetapi terus membawanya ke mahkamah.


Takiyuddin yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS menyatakan demikian kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada Rabu lepas, GERAKAN memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kota Baharu bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993, yang pindaannya diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sehari kemudian.

Saman pemula itu difailkan oleh tiga anggota parti berkenaan, iaitu Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie melalui Tetuan N. S. Leong dan S. T. Low di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan menamakan kerajaan negeri Kelantan sebagai defendan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori