Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bursa Malaysia Kembali Dibuka...

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia kembali dibuka tinggi berikutan kemunculan semula sentimen optimis...

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pekan dan Rompin terus meningkat kepada 738...

Seorang Maut Kenderaan 4WD...

KOTA KINABALU - Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan jenis pacuan...

Tarikh Mengundi PRK Kimanis...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Kembali Meragut Selepas 4 Bulan Keluar Penjara

MIRI – Selepas dipenjara selama empat bulan sehingga Februari lalu atas kesalahan meragut, seorang lelaki ditangkap sekali lagi bersabit jenayah yang sama.

Suspek ditahan Selasa lalu bersama seorang lagi rakan di Taman Permai, Jalan Dato Permaisuri, Bandar Baru Permyjaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata dengan penahanan mereka, pihaknya berjaya menyelesaikan tujuh kes ragut bersenjata.

Beliau berkata kedua-duanya yang berumur sekitar 20-an kini direman selama tiga hari.

Mengulas mengenai modus operandi mereka, katanya suspek meragut dengan menggunakan pisau lipat.

“Satu kes pernah dilakukan kedua-dua suspek ialah mengekori seorang mangsa dengan motosikal sehingga ke kediaman mangsa, sebelum mengetuk cermin kenderaan mangsa dan berpura-pura mahu bertanyakan sesuatu.


“Apabila mangsa membuka cermin kenderaannya, suspek terus meragut beg tangan mangsa,” kata Stanley.

Beliau berkata kes terbaharu yang dilakukan suspek ialah pada Selasa lepas di tempat letak kereta di Dewan Suarah Miri, sebelum kedua-duanya ditangkap.

Daripada mereka, polis antara lain merampas sebuah motosikal, rantai emas, sebilah pisau lipat, telefon bimbit, jam tangan dan kad ATM.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menumpaskan kumpulan mencuri motosikal dengan penahanan lapan lelaki dan merampas enam buah motosikal yang dipercayai dicuri. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=rTGRP9rOUeI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori