Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Lidah Beruang Dibuang Selepas...

LIDAH seekor beruang terpaksa dibuang selepas ia membengkak sebesar 3.17 kilogram hingga terpaksa...

Ketiadaan AS Beri Peluang...

KUALA LUMPUR - Tindakan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada blok Pakatan Trans-Pasifik...

Najib Tekad Teruskan Perjuangan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan meneruskan perjuangan...

JKR Pantau Keadaan Jalan...

KOTA KINABALU - Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memantau keadaan jalan raya di...

Kemuncak Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN, ACGM Hari Ini

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN ke-19 dan mesyuarat Gabenor-gabenor Bank Pusat ASEAN (ACGM) ke-11 mencapai kemuncaknya hari ini, untuk membuat persediaan bagi merealisasikan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) menjelang akhir tahun ini.

Penggubal dasar, gabenor-gabenor dan perwakilan dari 10 negara anggota ASEAN akan memperhebatkan mesyuarat mereka serentak untuk membincangkan masa depan rantau ini.

Ketua Setiausaha ASEAN dan menteri-menteri kewangan kemudiannya akan berkumpul untuk menyertai Perhimpunan Usahawan, diikuti dengan Mesyuarat Makan Tengah Hari Majlis Perniagaan ASEAN-AS.
Mesyuarat pertama bersama antara Menteri-menteri Kewangan ASEAN dan Gabenor-gabenor Bank Pusat juga akan bermula selepas majlis makan tengah hari itu.

Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN dan mesyuarat berkaitan yang bermula pada 19 Mac, dianjurkan oleh Kementerian Kewangan sempena Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN.


Sidang Kemuncak Mini Keusahawanan 1ASEAN (Mini 1AES) yang berlangsung selama tiga hari, permulaan kepada 1AES, juga akan berakhir esok.

1AES dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 November, 2015, untuk mengukuhkan AEC dengan cara yang ketara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ASEAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori