KOTA TINGGI – Seorang tenaga pengajar sekolah memandu cedera di kepala apabila dipukul dengan sebatang besi oleh dua lelaki yang menyamun pejabatnya di Jalan Tambatan, 3.40 petang semalam.
Mangsa, Yahya Kudin, 64, turut cedera di tangan selepas bergelut dengan penyamun terbabit.
Ketika kejadian, mangsa ada bersama keraninya apabila dua lelaki berbadan kurus tinggi dengan memakai topi keledar bertutup penuh menyerbu masuk.
Kedua lelaki berkenaan kemudiaannya bertindak merentap gelang emas dipakai keraninya sebelum cuba meragut rantainya pula.
Mangsa kemudiannya cuba menghalang tindakan kedua suspek itu sebelum berlaku pergelutan antara mereka.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
– myMetro Online