Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sharnaaz Bagi ‘Hint’ Sudah...

BERCAKAP mengenai Sharnaaz Ahmad, pasti ramai terbayangkan konflik yang tercetus antara dia dengan...

Ketengahkan Prestasi Cemerlang Kerajaan

SHAH ALAM - Jentera Penerangan UMNO diarah mengetengahkan kecemerlangan prestasi dan kejayaan pucuk...

Kecoh Bila Lelaki Bogel...

TINDAKAN seorang lelaki berjalan-jalan dalam keadaan bogel dalam kawasan kampus mengejutkan seluruh warga...

FAMA Sedia Bekalan Cukup...

BUTTERWORTH - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan bahan keperluan terutama...

Kepolisan Komuniti Diterima Baik, Disertai Lebih 40,000 Orang

PUTRAJAYA – Program Kepolisan Komuniti diterima baik masyarakat dengan kini disertai lebih 40,000 orang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata 70 peratus daripada peserta program yang menyasarkan penglibatan masyarakat dalam pencegahan jenayah itu terdiri daripada kalangan komuniti Cina.

“Kepolisan Komuniti yang telah lama kita uar-uarkan kini mendapat tempat dalam kalangan masyarakat seluruh negara … setakat minggu lepas terdapat lebih 40,000 orang menyertainya.

“Kebanyakan program Kepolisan Komuniti ini dipelopori dan digerakkan sendiri oleh ketua-ketua masyarakat, 70 peratus daripadanya adalah daripada kalangan komuniti Cina,” katanya pada sidang media selepas melepaskan peserta Kayuhan Malaysia PDRM di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Beliau berkata ia merupakan petanda baik ke arah kerjasama lebih kukuh antara polis dan masyarakat dan memberi makna cukup signifikan iaitu rakyat amat menghargai perkhidmatan polis dan PDRM perlu menghargainya dengan meningkatkan perkhidmatan kepolisan sedia ada.


Dilancarkan pada pada 5 April 2007, konsep kepolisan komuniti merupakan kaedah yang lebih efektif dalam membantu meningkatkan tahap perkhidmatan pasukan polis, sekali gus berjaya mengurangkan kadar jenayah di lokasi-lokasi tertentu di negara ini.

Berhubung program kayuhan itu, Khalid berkata seramai 1,200 peserta menyertai acara yang diadakan bersempena Hari Polis Ke-208 yang akan disambut Rabu ini.

Katanya sambutan Hari Polis Ke-208 akan berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, Kuala Lumpur bertemakan “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”, bersesuaian dengan saranan kerajaan supaya merakyatkan perkhidmatan PDRM. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori