Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pakatan Baharu: DAP Tunjuk...

KUALA LUMPUR - DAP awal-awal memberi peringatan kepada parti-parti politik dan badan bukan...

Undang-Undang Kawal Penggunaan Laluan...

KUALA LUMPUR - Satu undang-undang baharu perlu diwujudkan bagi mengawal selia penggunaan laluan...

Lokasi Panas Mat Rempit...

MELAKA - Sekumpulan mat rempit bertempiaran membuat pusingan U apabila menyedari kehadiran sepasukan...

JPJ Selangor Sita 164...

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor berjaya mengesan dan menyita 164...

Kerajaan Arah FAMA Beli Hasil Tani Pada Harga Lantai

BERA – Kerajaan mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membeli hasil pertanian keluaran petani dan peladang mengikut harga lantai seperti ditetapkan bagi menjamin hasil pertanian dapat dipasar dengan baik.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata secara tidak langsung ia mampu mengelak harga hasil pertanian di permainkan oleh orang tengah dan mengatasi lambakan hasil pertanian.

Tegasnya, langkah itu dapat membantu menstabilkan pendapatan petani agar mereka tidak menghadapi masalah ketika harga hasil pertanian turun atau berlakunya lambakan hasil pertanian.

“FAMA akan memulakan program pembelian segala hasil pertanian mengikut harga lantai bermula Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) setelah beberapa perkara penting mengenai harga barangan selesai.

FAMA sudah memulakan pembelian hasil pertanian mengikut harga lantai untuk beberapa jenis hasil pertanian buah-buahan tempatan seperti durian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Usahawan Pertanian, Perikanan, Penternakan dan Produk Makanan di Balai Raya FELDA Tementi, dekat sini hari ini.


Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bera Zoolihsan Ahmad Wook, Ketua Wanita UMNO Sabariah Sahadan dan Ketua Puteri UMNO Salmiah Abdul Rahman.

Mengulas lanjut Ismail Sabri memberikan contoh jika sekiranya harga durian jatuh lima puluh sen sebiji, maka FAMA akan membeli dengan harga lebih tinggi.

Katanya, bagi mengurangkan masalah lambakan hasil pertanian, FAMA turut diminta menyediakan program pemprosesan buah-buahan berkenaan untuk dijadikan makanan ringan, minuman dan sebagainya.

Dalam pada itu beliau berkata, kementeriannya akan mohon peruntukan tambahan bagi membolehkan lebih banyak program pembangunan pertanian terutamanya membabitkan projek ternakan pawah haiwan serta projek perikanan dalam RMK11 dapat dilaksanakan secara lebih meluas untuk kepentingan rakyat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori