Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bunuh, Kerat Mayat Rakan...

JAKARTA - Seorang lelaki yang berang selepas rakannya sering meminjam wang bertindak memukul...

Bapa Belasah Anak Dan...

SEORANG kanak-kanak sekolah telah dibelasah dengan teruk oleh bapanya, sebelum lelaki itu mengikatnya...

Dua Beradik Pondan Dan...

DUA beradik, lelaki dan perempuan telah bertukar jantina selepas mengaku kepada ibu bapa...

Susur Keluar Port Dickson...

SEREMBAN – Jalan susur keluar Plaza Tol Port Dickson arah utara akan ditutup...

Kerajaan Hanya Tetap Kos Pembantu Rumah Indonesia

KUALA LUMPUR – Kerajaan hanya menetapkan kos pengambilan pembantu rumah dari Indonesia sementara kos bagi pembantu rumah negara lain ditentukan aktiviti permintaan dan penawaran.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib berkata Malaysia dan Indonesia telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pembantu rumah dan menetapkan kos pengambilan RM7,800 bagi seorang pembantu rumah.

“Kos ini berpatutan dengan mengambil kira kos yang turut dikenakan negara penerima lain seperti Singapura, Hong Kong, Taiwan dan negara timur tengah,” katanya semasa sesi soal-jawab.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) yang ingin tahu prosedur mendapatkan pembantu rumah dari negara luar dan kenapa prosesnya memerlukan bayaran yang begitu tinggi.

Ismail berkata pada masa ini terdapat dua mekanisme yang diguna pakai bagi kemasukan pembantu rumah warga asing iaitu melalui MoU dan tidak melalui MoU.

“Pada masa kini pengambilan melalui MoU hanya dilakukan dengan Indonesia untuk pengurusan serta penempatan pembantu rumah Indonesia. Melalui MoU ini, majikan tidak dibenarkan untuk mengambil pembantu rumah secara terus tetapi perlu melalui mekanisme ini,” katanya.


Ismail berkata pengambilan pembantu rumah dari Indonesia mesti menggunakan pihak ketiga iaitu melalui agensi swasta yang diiktiraf kerajaan kedua-dua negara.

“Bagi negara sumber yang lain yang tidak ada MoU, proses pengambilan adalah melalui perwakilan negara berkenaan di Malaysia dan berdasarkan peraturan Imigresen sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan faktor kos yang kurang berdaya saing menyebabkan agensi pembantu rumah di Indonsia lebih beminat menghantar pembantu rumah ke negara lain kerana ia lebih menguntungkan.

Katanya keadaan ini menyebabkan kekurangan bekalan calon pembantu rumah Indonesia untuk Malaysia.

“Faktor gaji kurang berdaya saing juga menyebabkan tidak ramai pembantu rumah dari Indonesia yang terlatih ingin bekerja di Malaysia sebaliknya mereka lebih berminat bekerja di negara lain,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori