Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kelayakan Piala Dunia 2022:...

JAKARTA - Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi hari ini secara terbuka...

64 Rumah, Inap Desa...

MARAN – Hujan lebat tanpa henti selama dua jam sejak petang semalam di...

Zunar Nafi Isteri Ditahan...

Semalam, dua wanita dan seorang lelaki ditahan di hadapan Istana Kehakiman kerana didapati...

Penjawat Awam Perak Terima...

IPOH - Kerajaan Perak hari ini mengumumkan bantuan kewangan Hari Raya Aidilfitri sebanyak...

Kerajaan Sarawak Isytihar ‘Perang’ Terhadap Pati

KUCHING – Selepas ‘perang’ terhadap kegiatan pembalakan haram membuahkan hasil, kerajaan negeri Sarawak kini mengisytiharkan ‘perang‘ terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem semasa mengumumkan perkara itu hari ini berkata langkah itu perlu diambil sebelum masalah PATI di negeri ini menjadi besar dan sukar untuk diatasi.

Beliau berkata kini terdapat banyak PATI terutama orang Suluk dan Bajau dari Filipina khususnya di Miri.

“Mereka ini perlu segera ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal mereka sebelum menimbulkan masalah besar yang sukar diselesaikan di kemudian hari,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Perhutanan Antarabangsa peringkat negeri di sini, hari ini.

Adenan berkata Jabatan Imigresen telah dimaklumkan tentang masalah PATI dari Filipina itu sejak setahun lalu tetapi tidak mengambil tindakan penguatkuasaan tegas dan sehubungan itu beliau telah mengarahkan jabatan segera bertindak tegas untuk menahan PATI terbabit.

Beliau bagaimanapun mahu supaya PATI yang ditahan dilayan baik, sesuai dengan layanan yang sepatutnya diberi kepada manusia terutama dalam kalangan kanak-kanak dan ibu mereka.

Sementara itu, Adenan berkata operasi antipembalakan haram, yang dilancarkan sejak beliau menjadi ketua menteri kini mulai membuahkan hasil.

Katanya, setiap hari pasukan penguat kuasa Jabatan Hutan melancarkan serbuan dan rampasan kayu balak yang ditebang secara haram.


Beliau turut mengingatkan pegawai dan kakitangan Jabatan Hutan Sarawak dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) bahawa tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah akan diambil terhadap mereka sekiranya didapati bersekongkol dengan
syarikat terbabit dalam kegiatan pembalakan haram.

Dalam pada itu, Ketua Menteri berkata kerajaan negeri juga merancang untuk memperluaskan taman negara dan kawasan hutan simpan di negeri ini.

“Kita berharap pada suatu hari nanti kita menebang dan menjual kayu balak dari kawasan hutan yang ditanam, manakala hutan semula jadi kita dikekalkan.

“Bagaimanapun buat masa ini kita tidak boleh berbuat demikian kerana kawasan hutan tanam kita masih tidak mencukupi untuk menghasilkan kayu balak yang mencukupi,” katanya.

Adenan berkata semua itu perlu dilaksanakan bagi memulihara hutan tropika untuk generasi akan datang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hutan negeri Sapuan Ahmad berkata penguat kuasa jabatan berkenaan akan memperluaskan lagi operasi pembanterasan pembalakan haram. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pati

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori