Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

RM1.5 Bilion Untuk Projek...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan projek-projek perumahan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah...

‘Stress’ Sampai Pandu Kereta...

SUASANA di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, hari ini bertukar kelam-kabut...

DCA Ketuai Pasukan Bertindak...

PUTRAJAYA - Pasukan bertindak, diketuai Jabatan Penerbangan Awam (DCA), akan diwujudkan untuk mengendalikan...

Sarawak Masih Berunding Kenaikan...

KUCHING - Sarawak masih berunding dengan Petronas mengenai kenaikan royalti minyak sebanyak 20...

K’jaan Tidak Cadang Sambung Usia Bersara 62 Tahun

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak mempunyai rancangan dalam masa terdekat untuk menyambung umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun memandangkan usia persaraan masa kini sudah memadai, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kerajaan belum memulakan perbincangan untuk menaikkan umur persaraan kerana “kita baru sahaja buat semakan mengenai umur persaraan.”

“Bagilah masa bagi kita melalui proses umur persaraan 60 tahun dahulu,” katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Asean Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) Centres of Government di sini hari ini.

Mesyuarat itu bersempena Asean-OECD GRP Practices Conference 2015 yang bermula esok hingga Khamis. Ia akan dihadiri Ketua-ketua Pejabat Perdana Menteri, Setiausaha-setiausaha Kabinet dan Ketua-ketua Setiausaha Kerajaan Negara Anggota ASEAN.

Ali berkata pada masa sekarang kerajaan akan mengekalkan umur persaraan semasa iaitu 60 tahun.


Ditanya sama ada beliau ada menerima sebarang cadangan berhubung perkara itu, Ali berkata beliau hanya mengetahuinya melalui media.

Sabtu lepas, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengemukakan cadangan supaya kerajaan mempertimbangkan umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun memandangkan Malaysia sedang menuju ke arah negara maju.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata, ia berikutan negara maju seperti Singapura, negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat melanjutkan umur persaraan kakitangan awam kepada 65 tahun.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori