Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Matawang Terlalu Kuat, Swiss...

GENEVA – Buat julung kali dalam sejarah dunia, bank pusat Switzerland, Schweizerische National...

Samsung Galaxy A8 Akan...

PIHAK Samsung baru sahaja mengumumkan Galaxy A8 di pasaran China, di mana ia...

Pemimpin BN Tidak Boleh...

SUNGAI PETANI - Pemimpin Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak ambil mudah kedudukan...

Jepun Cadang Naik Umur...

MASALAH kependudukan Jepun yang menyaksikan warga tua semakin meningkat mendorong kerajaan negara itu...

Provokasi: IGP Arah Timb. Ketua Menteri P.Pinang Disiasat

MELALUI laman Twitter rasminya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi agar menjalankan siasatan kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy.

Ia susulan pendedahan satu kenyataan berbaur ancaman dan bersifat provokasi yang dikeluarkan ADUN Perai itu.

p_ramasamy_14072014_840_560_100

Tulis Khalid: “Kerap kali @PDRMsia ingatkan supaya hati2 keluarkan statement, masih ada yang degil. KP Pg sila jalankan tugas…

Untitled (9)

BERKAITAN: Saya Tak Gentar Dengan Ugutan – Khalid Abu Bakar

Dalam entri sama, Khalid turut memuat naik foto memaparkan kenyataan P. Ramasamy yang jelas mempunyai indikasi negatif terhadap perpaduan Malaysia.

B_xxJJcUYAIqALj

Dalam kenyataan tersebut P. Ramasamy dilihat sengaja mencabar kaum Melayu dan mengungkit peristiwa hitam 13 Mei dengan berkata, “Jika anda mahukan 13 Mei, anda bawa ia sekarang.”


Selain itu, ayat yang ditulis beliau turut mempunyai maksud yang boleh menjurus kepada pertelingkahan kaum.

“Saya tidak gentar berdepan dengan orang Melayu, sekiranya peristiwa berdarah itu berulang kembali pada hari ini kerana saya sudah bersedia,” katanya.

Inilah yang dikatakan kerana mulut badan binasa!

Tindakan diambil terhadap P. Ramasamy amat rasional bagi membendung mana-mana pihak apatah lagi yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat agar tidak sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan perpaduan negara ini.

– MYNEWSHUB.CC

P. Ramasamy – DAP Tentang Hudud Sampai Bila-Bila

https://www.youtube.com/watch?v=HAy-wT352H8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori