Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Caj RRC Kerajaan Singapura...

1. TINDAKAN Kerajaan Singapura memperkenalkan “Reciprocal Road Charge (RRC)”, yang akan dikuatkuasakan pada...

Hadkan Tempoh Jawatan MB...

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor berpendapat tiada keperluan untuk mengadakan pindaan bagi memasukkan...

Gerakan P.Pinang Edar Jalur...

GEORGE TOWN - Bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan 2017, Gerakan Pulau Pinang...

VIDEO: Pergaduhan ‘Cinta Tiga...

"Saya tak tau, dia kata dia dah cerai!" jerit lelaki yang dipukul dalam...

Kerana Suara ‘Kepit’, Ramai Cop Datuk ‘Terlajak Laris’ Lembut

Siapa tak kenal dengan Datuk Aliff Syukri Kamaruzaman atau lebih dikenali dengan jolokan ‘Datuk Terlajak Laris’, pengasas produk kecantikkan dan penjagaan kesihatan D’Herbs.

Setiap kali iklannya ditayangkan di layar televisyen, pasti tak lekang biji mata penonton menyaksikan lagak Aliff Syukri mengucapkan tagline produk kosmetiknya iaitu ‘Terlajak Laris’.

[BERKAITAN: Datuk ‘Terlajak Laris’ Bengang Tak Dilayan Di Butik Mewah]

Ingat lagi dengan ungkapan, “Eiiii… Macam Dayang Senandung. Muka je putih, tangan hitam?”

Nah, kerana iklan produk itu, nama Aliff Syukri melonjak naik dan menjadi perhatian ramai.

Namun, kerana imejnya yang memakai baju sarat perhiasan, ditambah pula intonasi suara ‘kepit’, kebanyakan pihak melontarkan persepsi negatif terhadap bapa kepada tiga anak itu.

Dato-Alif

Pelbagai kata nista dan ejekkan diberi kepada Aliff Syukri, namun tak ramai yang tahu, perwatakkannya bukanlah seperti itu.

Demi kelangsungan syarikatnya, Aliff Syukri sanggup memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap pandangan serong sesetengah pihak.

Imbasnya kembali ketika mula menapak dalam perniagaan beberapa tahun lalu, beliau gagal untuk menarik perhatian umum walaupun mencuba pelbagai strategi pemasaran.

Antaranya, dia pernah menyamar menjadi seorang pegawai pemasaran kerana tidak memiliki pekerja sendiri, malah sengaja menonjolkan dirinya sebagai model dari Pakistan namun ia turut gagal menarik perhatian.

Memetik ceritanya dalam laporan Berita Harian, “Saya menukar strategi muncul di televisyen dengan menggayakan watak korporat, tetapi kesannya kurang menjadi. Selama dua tahun wang dilaburkan untuk pengiklanan habis begitu saja.”


Datuk Aliff Syukri

Akhirnya, dia memutuskan untuk melakukan transformasi dengan menukar penampilannya dengan pakaian ‘berkilat’ dan dan menyaringkan suara.

“Ternyata, sesuatu yang pelik itulah yang menjadi bualan masyarakat dan biarpun pelbagai tohmahan diterima daripada masyarakat, namun impaknya sangat besar kepada jualan.”

Walau bagaimanapun, ia hanyalah ‘sandiwara’ semata bagi menarik perhatian ramai lantas memperkenalkan produknya. Di luar dan di rumah, beliau adalah seorang lelaki normal dengan karakter serius, kuat bekerja dan cerewet.

Screenshot_2014-08-01-16-10-42-1

“Pada saya biarlah apa orang di luar ingin mengata mengenai saya. Saya tidak bimbang sekali pun kerana mereka tidak memberi wang kepada saya. Saya lebih utamakan kepada pelanggan saya yang membeli produk D’Herbs.”

Sekadar informasi, Datuk Aliff Syukri telah berkahwin pada usia 19 tahun dengan rakan sekerja sendiri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid.

Kini, setelah perniagaannya berusia enam tahun, dia boleh berbangga kerana memiliki 100 pekerja, 30 cawangan, 20,000 ejen dan tiga spa.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori