Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PSS Tiada Dalam Manifesto...

MEMBAKUT - Manifesto Parti Warisan Sabah (WARISAN) tidak menyebut isu berkaitan Pas Sementara...

Tiada Pencemaran Air Kumbahan...

LUMUT - Tiada pencemaran air kumbahan di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia yang dilanda...

Ali Tinju Dilepas Dan...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom dilepas...

Hantar Segera Puisi Rohingya,...

PERSATUAN Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) masih membuka peluang kepada orang ramai...

Kereta Terbabas: Wanita Maut, Suami & Anak Cedera Di Kampar

IPOH – Seorang kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan maut manakala suami dan anak lelaki mereka cedera ringan selepas kereta yang dinaiki terbabas di Kilometer 33.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Kampar di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, Zarina Mohd Hasin, 47, cedera parah selepas tercampak keluar dari kereta jenis Honda City itu.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon ketika dihubungi berkata Zarina, yang duduk di bahagian penumpang hadapan, meninggal dunia pada pukul 7.35 petang di Hospital Kampar.

Beliau berkata kemalangan itu berlaku apabila kereta yang dipandu suami mangsa, Zulkipli Din, 49, dari arah Ipoh ke Kuala Lumpur hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan terhumban ke longkang besar.


“Kemalangan itu turut menyebabkan anak mereka Zulqashfi Nadzmi, 18, yang duduk di bahagian penumpang belakang mengalami kecederaan,” katanya.

Katanya kedua-dua mangsa menerima rawatan di Hospital Kampar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori