Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: Lemaskan Ular Dalam...

SEBUAH video yang memaparkan seekor ular berbahaya yang dilemaskan di dalam balang wain...

Pegawai Tadbir Minta Habuan...

ALOR SETAR (Kedah) - Seorang Pegawai Tadbir di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dihadapkan...

Mohd Zawawi Calon PKR...

SHAH ALAM - Pengetua Maahad Tahfiz, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, dipilih sebagai calon...

Remaja Cedera Parah Mercun...

DUNGUN - Padah bermain mercun bola, seorang pelajar, Mohd Haiqal Firdaus Mohd Abdullah,14,...

Kes 3 Pekerja TNB Maut, Laporan Penuh Dalam Proses

Ruzairi TNB -Alfatihah 1

 

INSIDEN pencawang elektrik terbakar di Taman Yew Lai, Jalan Klang Lama hingga mengakibatkan tiga pekerja TNB kehilangan nyawa baru-baru ini, satu tragedi pahit yang memerlukan tindakan susulan agar ia tidak berulang.

Ekoran kejadian itu beberapa kisah ‘balik tabir’ dikatakan berlegar dalam kalangan pekerja TNB berkaitan kejadian tersebut.

BERKAITAN: 3 Mati – Banyak Cerita Berlegar Di Kalangan Pekerja TNB

Ini adalah respon normal bagi mana-mana komuniti terutama apabila membabitkan tragedi, justeru cerita-cerita yang menjadi polemik ini seharusnya dijawab.

Jika ianya tidak benar maka penjelasan harus diberikan supaya pekerja TNB dan waris mereka mendapat pencerahan manakala jika ianya berasas, maka penambaikan perlu dilakukan demi menjamin keselamatan pekerja pada masa hadapan.

Baju oren yang dibekalkan kepada mangsa yang dikatakan tidak kalis api.
Baju oren yang dibekalkan kepada mangsa yang dikatakan tidak sesuai untuk tugasan dilakukan.

Antara perkara yang memerlukan pengesahan adalah khabar berkenaan keengganan sebuah hospital swasta menerima mangsa kebakaran pencawang tersebut sewaktu mula-mula dibawa ke hospital berkenaan.


Selain itu, timbul dakwaan bahawa pekerja yang terlibat hanya dibekalkan baju kalis api voltan rendah berwarna oren sedangkan mereka melakukan kerja melibatkan aliran voltan tinggi, juga isu berkenaan penyebab letupan yang dikatakan berpunca daripada shutter berkualiti rendah.

BERKAITAN: Sayu.. Nota Anak Arwah Pekerja TNB Rindukan Ayahnya

Merujuk perkara ini, Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) Tenaga Nasional Berhad Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata, siasatan menyeluruh tentang insiden yang berlaku pada 23 Februari lalu itu masih lagi  dalam siasatan.

Sebaik usai siasatan ujar beliau, satu laporan penuh akan dibuat seterusnya dimajukan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Tenaga (ST).

“Sementara itu, penguatkuasaan keselamatan kerja terus ditekankan dalam semua operasi harian TNB,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Mynewshub menerusi emel, pada Selasa.

– MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • TNB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori