Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penduduk Bantah Projek Pembangunan...

GEORGE TOWN - Sekumpulan penduduk Kondominium Miami Green Resort, Jalan Pantai Miami, Batu...

HFMD: Kes Baharu Turun...

SUNGAI PETANI ā€“ Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri...

ADUN Chuping Nasihat Penduduk...

PADANG BESAR - Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chuping, Asmaiza Ahmad menasihatkan lebih...

Banjir: Najib Arah Menteri...

KUALA LIPIS - Semua menteri kabinet yang sedang berada di luar negara telah...

Ketepikan Budaya Kerja Silo Untuk Lonjakkan Sektor Pendidikan

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa warga Kementerian Pendidikan supaya mengetepikan budaya kerja secara silo atau bekerja dalam komuniti sendiri kerana sikap sebegitu tidak membantu dalam melonjakkan sektor pendidikan negara.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menegaskan peranan dan tanggungjawab Kementerian Pendidikan adalah amat berbeza dan lebih mencabar berbanding kementerian dan agensi lain kerana ia membabitkan aspek pembentukan perwatakan manusia.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua ketua jabatan dan agensi di bawah kementerian itu supaya bekerja sebagai satu pasukan dalam menjayakan amanah besar mewujudkan masyarakat berilmu dan berakhlak tinggi.

“Kita perlu elak wujudnya silo, malah ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah kementerian juga jangan jadi ‘Little Napoleon’ kerana sikap itu tidak membantu dalam membentuk satu pasukan kerja yang kukuh.

“Oleh sebab itu, saya ingin mengajak kita semua membentuk satu pasukan kerja yang kukuh supaya setiap amanah dapat dijayakan secara tersusun berasaskan budi dan tindakan terpuji,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan-timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching dan P. Kamalanathan serta Ketua Setiausaha Datuk Dr Madinah Mohamad.


Muhyiddin berkata tanggungjawab menjadi lebih sukar kerana dalam proses itu, warga kementerian perlu melalui beberapa peringkat cabaran sebelum hasrat melahirkan manusia berilmu dan berakhlak tercapai

Untuk itu, katanya warga kementerian tidak boleh lagi bekerja sekadar dalam satu skim kementerian sebaliknya perlu mencakupi ekosistem yang lebih meluas meliputi kementerian, jabatan dan agensi lain kerana setiap daripadanya mempunyai peranan masing-masing yang perlu dijayakan secara bersama.

“Kita perlu jadi kementerian yang mengadunkan setiap komponen sama ada di dalam atau luar kementerian agar dapat bekerjasama untuk memastikan matlamat yang ditetapkan tercapai,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (Pengajian Tinggi) yang akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 April ini bakal menjadi satu lagi dokumen penting sektor pendidikan yang perlu dijayakan secara bersama oleh setiap warga kementerian.

“Ia bukan sesuatu yang mudah dan tentunya melibatkan bukan sahaja bilangan pendidik yang ramai, tetapi tidak kurang pentingnya adalah semangat kerjasama yang perlu dibentuk untuk pastikan kejayaaan pelaksanaannya dalam tempoh 10 tahun mendatang tercapai,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori