Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRN Melaka: Adly Zahari...

MELAKA TENGAH: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil sah menyaksikan persaingan empat penjuru antara Barisan Nasional, Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional dan Bebas.Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Katil Rohaya Abdullah mengumumkan, empat calon berkenaan ialah Datuk Hasnoor Husin (BN), Adly Zahari (PH), Muhammad Al Afiz Yahya (Pas), dan Abdul Hamid Mustapah (Bebas).“Saya berpuas hati dengan semua borang pencalonan, dan tiada borang yang ditolak,” kata Rohaya.

Fesyen ‘Seksa’ Sajat Teruk...

SIAPA tidak kenal dengan pemilik Nur Sajat Beautician (Beauty & SPA), Nur sajat...

284 Jemaah Haji Kumpulan...

PETALING JAYA : Seramai 284 bakal jemaah haji penerbangan kumpulan ketiga (KT03) selamat...

Dr Fauziah Gembira Dan...

BANGKOK - Aktivis kemanusian Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hassan tetap berada di dalam keadaan...

Ketua Balai Polis Kulim Hi-Tech Maut Kemalangan

KULIM – Ketua Balai Polis Kulim Hi-Tech Park, Penolong Penguasa Chua Poh Teik, 57, maut apabila motosikal yang dinaikinya terbabas menyebabkan beliau terjatuh di dalam parit dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, ketika kejadian mangsa sedang melakukan rondaan antijenayah di sekitar Taman Selasih dengan menunggang motosikal bersendirian sebelum terbabas.

“Mayat Poh Teik ditemui pihak polis peronda pada 3.30 pagi tadi, kira-kira dua jam selepas kejadian yang meragut nyawanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Abdullah, mayat Poh Teik dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

Poh Teik mula bertugas sebagai Ketua Balai Polis Kulim Hi-Tech Park sejak 2009 dan dijangka bersara kira-kira tiga tahun lagi, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori