Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

“Tiada Sekatan Media Di...

IPOH - Kerajaan Perak tidak pernah menyekat mana-mana organisasi media daripada membuat liputan...

Kabinet Terima Penjelasan Zahid...

KABINET difahamkan menerima penjelasan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad...

Pencarum KWSP Lega Kerajaan...

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan untuk tidak melupuskan pegangannya dalam syarikat konsesi lebuh...

24 Maut Bas Bertembung...

BANDAR MEXICO - Seramai 24 penumpang bas yang sedang dalam perjalanan untuk bercuti...

Kisah Perit Mawar Sebelum Jadi Isteri Fizo Omar

SIAPA tak kenal Mawar Abdul Karim atau senang disapa Mawar Fareeda yang merupakan isteri kepada pelakon terkenal, Fizo Omar.

Rasanya umum mengetahui, Mawar merupakan anak kepada usahawan tudung eksklusif, Fareeda.

Meskipun dilihat mempunyai perniagaan yang berjaya sekarang, tidak ramai tahu kepayahan yang dilalui Mawar pada awal pembabitannya dalam dunia perniagaan.

Mawar Dikritik Pengikut Di Instagram Kerana Pakai Jersi Ketat

Pepatah ‘Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’ amat sesuai menggambarkan kisahnya.

Menurut Mawar, pada awal bisnes ibunya hanya menjahit tudung yang ditempah rakan-rakan dan saudara-mara di kediaman mereka sahaja.

“Saya masih ingat, pada pertengahan tahun 2006 ibu mula berjinak-jinak menjahit tudung di rumah kami yang terletak di Permatang Pauh, Pulau Pinang,” katanya.

Bagi membantu ibu, Mawar menyatakan zaman remajanya terpaksa dikorbankan terutama bagi mengembangkan perniagaan tudung Fareeda yang suatu ketika dahulu langsung tidak dikenali.

Bagi tujuan itu dia melibatkan diri seawal usia 15 tahun dalam bidang fotografi dengan menjadi model tudung hasil tangan ibunya sendiri.

“Saya mula jadi model tudung ibu sendiri bila kawan dari Pulau Pinang tidak dapat datang sesi fotografi.


“Alhamdulillah, pengalaman belajar mengenai fotografi menyebabkan saya tidak bermasalah untuk bergaya hadapan kamera,” ujarnya.

Mawar yang kini menggalas tanggungjawab selaku Pengarah Fareeda Global Resouces Sdn Bhd akui, perlu berusaha keras demi perniagaan yang dijalankan keluarganya ini.

fareeda

“Saya bukan dilahirkan terus senang, apa yang kami kecapi sekarang adalah hasil usaha daripada keperitan masa lalu.

“Bukan senang berada di tahap ini, pelbagai rintangan terpaksa dihadapi. Walaupun mempunyai butik sendiri, saya turun padang jual sendiri tudung Fareeda di Kompleks PKNS Shah Alam.

“Saya sendiri bawa barang dan stok tudung kerana pekerja tidak cukup. Saya pernah jual tudung di pasar raya Giant Seksyen 13, Shah Alam,” katanya.

Berkat kegigihannya dahulu nyata membawa pulangan apabila jenama Fareeda sudah berada pada tahap membanggakan.

Difahamkan, Mawar bakal tampil dengan koleksinya sendiri yang bakal berada di pasaran pada tahun ini.

Sumber: Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori