KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad sekali dipanggil oleh pihak polis bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.
Nik Nazmi dalam satu kenyataan melalui Facebook beliau kira-kira pukul 12 tengah malam tadi berkata, beliau dipanggil untuk memberi keterangan pukul 10 pagi ini.
“Saya dipanggil polis untuk beri keterangan. Saya maklum kepada mereka saya akan hadir 10 pagi ini di IPD Dang Wangi bersama keluarga dan teman-teman. Peguam saya Melissa Sasidaran akan hadir sama,” katanya.
Nik Nazmi semalam menyertai perhimpunan haram #KitaLawan di ibu negara bagi meraih simpati orang ramai ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan kerana kesalahan meliwat.
Meskipun tidak mendapat sambutanm Nik Nazmi tetap menganggap perhimpunan itu berjaya kerana desakan mereka supaya Anwar dibebaskan dari penjara didengari seluruh negara.
Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia baru-baru ini ditahan di rumahnya di Denai Alam bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan haram di Sogo di sini sebelum ini.
- MYNEWSHUB.CC