Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Negeri Sembilan Sokong Naik...

SEREMBAN : Kerajaan Negeri Sembilan mengalu-alukan dan menyokong penetapan gaji minimum baharu pada...

Pembaziran Makanan Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Statistik menunjukkan bahawa jumlah sisa makanan yang dibuang di Malaysia...

Indonesia Pertimbang Kurangkan Subsidi...

JAKARTA – Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas mengumumkan bakal menlakukan kajian menyeluruh...

1,345 Pulih, 8 Kematian,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,345 kes dilaporkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19, hari ini...

Kontrak SIC Anjur Formula One Dilanjut Tiga Tahun

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan, kontrak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk penganjuran Formula One (F1) Grand Prix Malaysia dilanjutkan selama tiga tahun, sehingga 2018.

Petronas turut disahkan sebagai penaja utama Grand Prix Malaysia bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Kontrak penganjuran perlumbaan F1 di Sepang tamat tahun ini, selepas ia mula dianjurkan pada 1999.

Perdana Menteri membuat pengumuman tersebut kepada pemberita, selepas menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix Malaysia 2015 dan menyampaikan trofi kepada pemenang, pada petang Ahad.

Najib berkata, Malaysia selaku penganjur perlu menjadikan perlumbaan berprestij itu lebih menarik dan mendapat sambutan lebih ramai penonton dari dalam dan luar negara untuk menyaksikan acara tahunan itu.

“Kita perlu membangunkan perlumbaan F1 ini sebagai satu acara yang mendapat sambutan lebih meriah dan menggalakkan, bukan sahaja di peringkat antarabangsa, tetapi juga kepada rakyat Malaysia,” katanya.


Beliau berkata, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bersama jabatan kerajaan lain, perlu memainkan peranan untuk menjadikan perlumbaan F1 sebagai satu acara penting dalam kalendar pelancongan negara.

“SIC memerlukan sokongan jabatan kerajaan, dan untuk mencapai objektif ini, kita perlu bergerak secara bersepadu. Selain itu, kita perlu mempromosikan acara ini dengan lebih agresif,” katanya.

Perlumbaan edisi ke-17 Grand Prix Malaysia hari ini dimenangi pemandu Jerman, Sebastian Vettel daripada pasukan Scuderia Ferrari. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=uUjGLsR1hto

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori