Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

64,894 Ketua Isi Rumah...

KUALA LUMPUR - Terdapat sejumlah 64,894 ketua isi rumah yang berdaftar di bawah...

Dua Lelaki Dalang 87...

BUKIT MERTAJAM - Geng curi motosikal tumpas selepas dua lelaki ditahan kerana terlibat...

Henti Rejim Zionis Ceroboh...

KUALA LUMPUR - Pencerobohan rejim Zionis ke atas Masjid Al-Aqsa, Palestin dan seluruh...

Ejaan ‘WeChat’ Dalam Kempen...

IPOH - Ejaan yang salah atau tidak lengkap pada kain rentang dan gegantung...

Kostum Spider-Man Untuk Kanak-Kanak Meletup

SEPASANG suami isteri mendakwa sehelai kostum watak adiwira Spider-Man yang baharu sahaja dibeli untuk dipakai anak mereka meletup.

Portal berita mirror.co.uk melaporkan letupan itu didakwa berlaku di dalam sebuah bilik yang berpunca daripada kotak plastik bateri yang berfungsi untuk mengeluarkan pancaran cahaya di bahagian dada kostum tersebut.

Bagaimanapun, keluarga berkenaan bernasib baik kerana ketika kejadian, kostum itu tidak dipakai oleh anak mereka, Stephen Slaughter, 4.

Kostum itu sepatutnya dipakai Stephen pada majlis Hari Buku Sedunia di sekolahnya.

Letupan berlaku ketika keluarga tersebut sedang menonton televisyen.

Bapa Stephen, Steven, 57, berkata: “Saya mendengar bunyi kuat seperti retakan dan saya ingatkan sesuatu telah berlaku menembusi tingkap rumah.

“Kotak bateri bagi kostum itu kemudiannya terpelanting ke lantai.


“Saya cuba untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati bahagian bawah bateri tersebut telah meletup.”

Ibu bapa Stephen yang terkejut dengan kejadian yang berlaku mendesak premis di Thornaby, Middlesbrough di England yang menjual kostum tersebut supaya memulangkan semula wang mereka.

Rangkaian pasar raya itu sedang menyiasat aduan berhubung kejadian yang berlaku.

– MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/XAmJWLfFmXE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori