SUSULAN nahas pesawat Airbus yang terhempas di selatan Perancis, semalam.
Menerusi laporan Reuters, salah satu kotak hitam milik pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis itu sudah ditemui.
BACA: Perancis Sahkan Temui Serpihan Pesawat
Perkara ini disahkan oleh Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuze dalam satu sidang media.
Bagaimanapun, punca nahas masih belum diketahui.
Pesawat malang jenis Airbus320 itu dikendalikan oleh Germanwings iaitu salah satu anak syarikat penerbangan Lufthansa.
Pesawat yang membawa 142 penumpang dan anak kapal dilaporkan terhempas ketika dalam penerbangan dari Barcelona ke Dusseldorf, Jerman.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=-2zU5VBsyiY