Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Nombor Satu Terbaik...

KUALA LUMPUR - Malaysia dinilai berada pada kedudukan nombor satu di dunia dalam...

Undang-Undang Pemandu Mabuk Dikaji

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan akan melihat semula keberkesanan undang-undang sedia ada dalam menangani...

Harga Kereta Di Singapura...

SINGAPURA – Jika berminat membeli kereta di Singapura, anda boleh dianggap sebagai antara...

Permohonan Najib Padam Afidavit...

KUALA LUMPUR - Permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memadamkan afidavit yang...

Kredibiliti Petisyen Pembebasan Anwar Oleh White House Diragui

KUALA LUMPUR – Kredibiliti petisyen menuntut kebebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipaparkan di laman sesawang White House kini amat diragui selepas isu penarikan petisyen itu semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini berkata tindakan pengendali laman sesawang White House memaparkan kembali petisyen itu selepas ditarik semalam, membuktikan pejabat rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS) itu mempunyai sistem kawalan teknologi maklumat (IT) yang lemah.

Katanya, alasan bahawa petisyen itu yang ditolak White House semalam atas kesilapan sistem, tetapi muncul semula di talian hari ini dan dikatakan sudah mencapai 100 ribu sokongan juga adalah mencurigakan dan memalukan negara itu.

“Semalam mereka buat kenyataan bahawa petisyen yang dibuat untuk meminta campur tangan White House terhadap kes Anwar Ibrahim telah ditolak kerana berlakunya penipuan…tetapi hari ini mereka tarik balik dan kata tiada penipuan, dalam masa serta-merta mereka katakan bilangan tanda tangan sudah cukup 100,000.

“Bagi saya kenyataan yang dibuat itu amat pelik dan memalukan pihak kerajaan AS yang sepatutnya mempunyai sistem IT paling canggih di dunia”, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Semalam, satu petisyen menuntut pembebasan Anwar daripada penjara yang tersiar melalui platform ‘We the People’ dalam laman sesawang White House, dikeluarkan pentadbirnya kerana dikatakan melanggar peraturan ditetapkan.

Ahmad Shabery berkata kesilapan itu menyebabkan keseluruhan kredibiliti petisyen itu musnah sama sekali.

Katanya seluruh rakyat Malaysia serta masyarakat dunia juga seharusnya menganggap petisyen itu sebagai alat untuk kepentingan tertentu, termasuk usaha untuk menjustifikasikan campur tangan AS terhadap negara lain.


Perkara itu katanya membimbangkan kerana terdapat pihak tertentu yang cuba melobi hanya untuk kepentingan sendiri.

Kesilapan AS itu turut mengundang pelbagai reaksi rakyat menerusi komen di laman Facebook kedutaan itu di sini.

Antaranya, Sharif Banafee Shaza Irinah dengan komen “Jangan campur urusan kami..hormati negara kami!” dan Ben J Yeo “Secara jujur saya setuju tiada kuasa asing mencampuri masalah negara kami”.

Turut memberi komen, Hafiz Hilmi Md Rijani “Saya tidak faham kenapa pambangkang Malaysia minta tolong dari kamu semua. Selesaikan masalah anda sendiri dulu, sebelum bantu orang lain”.

Sementara itu Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Abdul Samad pula menyifatkan tindakan AS itu menghilangkan keyakinan rakyat dan seluruh masyarakat dunia.

“Saya hilang terus kepercayaan ke atas apa yang dibuat oleh White House secara online, kerana penipuan ini bukan datang dari sebelah kita tetapi ada intervensi pihak lain yang rapat dengan kedutaan AS,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori