Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Caj Parkir: Teresa Kok...

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan satu pihak lagi, hari...

Anwar Mungkin Didakwa Hina...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan didakwa atas tuduhan menghina mahkamah yang...

151 Bulan Dalam Ranking...

KUALA LUMPUR - Ikon skuasy negara, Datuk Nicol David melakar satu lagi kejayaan...

JDT Kecilkan Kapasiti Stadium...

JOHOR BAHRU - Kapasiti stadium baharu Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Kritikan Paling Tak Masuk Akal.. Juri Program Realiti Dipecat

PASANGAN suami isteri yang menjadi juri program realiti X-Factor di New Zealand, dipecat selepas mencetuskan kontroversi kerana memberi komen secara emosi.

joe
Joe Irvine menerima kritikan dengan profesional.

Natalia Kills dan Willy Moon dikatakan membuli Joe Irvine, salah seorang peserta ketika program itu bersiaran langsung dengan memberikan komen-komen tidak munasabah dan beremosi.

Kills mendakwa Irvine tidak mempunyai identiti sendiri dan meniru bulat-bulat gaya suaminya, Moon yang juga merupakan salah seorang juri program itu. Perbuatan tersebut disifatkannya sangat ‘cheesy and disgusting’.

Namun, Irvine kelihatan amat profesional dan tenang menerima kritikan pedas Natalia malah sempat memujinya kelihatan cantik walaupun ketika itu dia dihentam teruk.

Tindakan Natalia ini mendorong satu petisyen secara online dibuat oleh penonton menyeru agar kedua-dua juri yang dilihat tidak lagi profesional itu dipecat daripada program tersebut.

Hasilnya, ia mendapat sokongan lebih 70 ribu orang dalam masa kurang 24 jam.

Mediaworks, pemilik stesyen TV3 di negara itu mengesahkan kedua-dua juri berkenaan telah dipecat beberapa jam sebelum tampil dalam pusingan penyingkiran program itu, semalam.


Ketua Eksekutif Mediaworks Mark Weldon menyatakan komen dan kritikan mereka berdua sememangnya tidak boleh diterima langsung.

“Juri seharusnya memberi kritikan mengenai persembahan peserta dan kami hilang kepercayaan bahawa Kills dan Moon sesuai untuk menggalas tugasan tersebut. Jadi mereka harus tinggalkan rancangan itu,” katanya.

Tindakan memecat  pasangan suami isteri dari program tersebut turut mendapat persetujuan ramai pihak.

Dua orang juri baru akan menggantikan mereka dan para peserta bakal dinilai oleh dua juri asal yang masih kekal iaitu Melanie Blatt dan Stan Walker.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori