Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Malaysian Tigers Tersingkir Awal...

KUALA LUMPUR – Skuad Malaysian Tigers mengucapkan selamat tinggal kepada Kejohanan Hoki Piala...

Felcra Tangguh Sementara Pinjaman...

KUALA LUMPUR – Felcra telah menangguhkan sementara pinjaman sara hidup kepada para pesertanya...

PM Jepun Bubar Parlimen,...

Tanpa apa-apa khabar, Shinzo Abe mengumumkan pembubaran Dewan Rendah Parlimen Jepun hari ini,...

Borneo744 Titik Permulaan Bandar...

KUCHING - Penubuhan Bandar Keusahawanan Lautan Biru di Borneo744, Bintawa, di sini akan...

Kucing Dominasi Pulau Aoshima Di Jepun

AOSHIMA, Jepun – Lebih 120 ekor kucing kini mendominasi sebuah pulau terpencil di sini apabila populasi haiwan itu telah mengatasi jumlah penduduk tempatan.

Pulau Aoshima yang dikenali sebagai Pulau Kucing kini menjadi tumpuan para pelancong rata-ratanya terdiri daripada kalangan peminat haiwan berkenaan.

Salah seorang pelancong, Makiko Yamasaki, 27, menyifatkan keakraban antara kucing-kucing dan penduduk tempatan di situ sesuatu yang amat mengasyikkan.

“Saya seronok melihat masyarakat di sini memberi makanan kepada sekumpulan besar kucing. Sudah pasti, saya akan datang melawat pulau ini lagi,” katanya.


Tanpa sebarang ancaman pemangsa, kucing-kucing bebas berkeliaran dan menikmati makanan daripada pelancong yang hadir.

Pulau berkenaan yang boleh dikunjungi dengan menaiki feri mempunyai penduduk sekitar 900 orang pada tahun 1945 tetapi kini sekitar 20 orang sahaja akibat penghijrahan. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori