Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peninju Mati Selepas Tumbukan...

MANILA - Seorang peninju Filipina yang pernah terbabit dengan skandal imbasan kepala palsu...

Serina Redzuawan Belum Mahu...

SELEPAS enam tahun mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki Inggeris, Serina Redzuawan boleh...

Negara Boleh Capai Taraf...

‎KUALA LUMPUR - Malaysia mungkin boleh mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi lebih...

Basikal Lajak: Ke Ting...

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita Sam...

Ladang Ternakan Khinzir ‘Kantoi’ Curi Air Terawat

KUALA LANGAT – Sebuah ladang ternakan khinzir yang beroperasi sejak 16 tahun lepas di sini diserbu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini kerana didakwa melakukan penyambungan paip haram serta mencuri air terawat mengakibatkan kerugian RM77,000.

Pengarah Eksekutif Projek dan Air Bukan Hasil (NRW) Syabas, Yusuf Badawi berkata, kegiatan haram yang dilakukan pemilik ladang itu dikesan setahun lepas apabila bacaan meter air yang berdaftar dengan operator air berkenaan diragui.

“Hasil siasatan lanjut, kita mendapati pemilik ladang melakukan penyambungan paip poli berukuran 20 milimeter secara haram sepanjang 200 meter daripada paip utama untuk disalurkan ke kandang ternakan dan tandas di dalam ladang tersebut.

“Kegiatan haram yang dilakukan itu menyebabkan sebanyak 33,300 meter padu air terawat telah dicuri pemilik ladang, malah dia juga didapati menggunakan pam bagi meningkatkan proses kemasukan air ke ladang berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, Syabas melakukan proses pemotongan bekalan air bagi penyambungan paip haram itu serta-merta dan pemilik ladang terbabit telah diambil keterangan untuk tindakan selanjutnya.

Dalam perkembangan lain, Yusuf berkata bagi tempoh Januari hingga 25 Februari lepas, sebanyak 1.7 juta meter padu air dikesan digunakan secara tidak sah melibatkan 148 aduan berhubung kegiatan penyambungan paip haram dan kes kecurian air di Selangor.


Katanya, dalam tempoh dua bulan, Syabas mengalami kerugian RM3.9 juta hasil daripada kegiatan haram tersebut.

“Bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lepas pula, kita telah menyiasat 4,551 kes dan 512 daripadanya didapati kes sahih melibatkan 6.5 juta meter padu air digunakan secara haram.

“Daripada jumlah kes sahih tersebut, Syabas telah membuat tuntutan sebanyak RM14 juta daripada individu yang terlibat dalam kes berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang giat menjalankan operasi mencegah kegiatan haram tersebut dan menyarankan orang ramai segera melaporkan sebarang aktiviti mencuri air kepada Syabas atau pihak berkuasa.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori